Yusuf Azmi Nafi Di Tahan Polis

Semalam, kecoh apabila sebuah video yang mendakwa aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi, telah ditahan oleh pihak polis atas sebab membocorkan maklumat berkenaan anggota polis yang ‘dipayung’ oleh ‘tauke’ judi.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan mengganggapnya satu fitnah kerana apa yang didakwa dalam video tersebut adalah tidak benar.

“Kalau saya ditangkap atas sebab memberi maklumat tentang judi, maka negara perlu tukar undang-undang.

“Tapi kalau saya ditangkap oleh ‘penyamun-penyamun’ yang membela judi ini, tangkaplah, jangan fitnah saya sebab nak raih publisiti dan populariti,” jelasnya dalam satu video yang dimuat naik di Facebook beliau.

Sementara itu, beliau turut meminta individu yang tidak berpuas hati dengannya agar tidak menghantar mesej berbaur ugutan, sebaliknya datang bersemuka dengannya.

“Jangan ugut hantar ‘voice note’, cukup sekadar datang jumpa depan saya, tembak terus.

“Sebab saya sudah lali, saya ada Allah dan Rasul, kalau betul ingin tembak, tidak perlu bagitahu,” Tegas beliau.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya bangkit dan tidak takut dengan ugutan dan sidiran dari mana-mana pihak. Jelasnya di dalam video berdurasi 5 minit itu.

Sumber: FB Yusuf Azmi, FB Dollah Superstar