Wanita Ini Kongsi Tips Kurus Dari 82Kg Ke 58Kg, Serta Menu-Menu Dietnya

TIPS KURUS DARI 82KG TO 58KG!

Progress 2016 dulu, sekarang maintain ja. Sebab active dan tetap jaga makan.

  • BMR : 1546.5
  • DCR : 2126.43
  • DCI : 1594.80
  • Tinggi : 158cm
  • Berat Asal : 82kg++
  • Berat 2016 : 58kg
  • Tempoh : 10 bulan++

Loss 25kg dalam masa 10bulan. Sebulan lost 2-3kg macam tu. Pada yang minta tips dan contoh menu-menu sepanjang journey saya, ok hari ni saya share antara menu-menu saya. Ni antara menu-menu breakfast, lunch dan dinner saya.

Kalau suka dan nak follow silakan. Semoga Bermanfaat untuk semua.

1. Kurangkan garam dan minyak. kalau boleh, elakkan makanan bersodium tinggi, gula, processed food, dan fast food.

2. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran.

3. Makan kerap tetapi dalam portion yang betul. Suku suku separuh.

4. Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo.

5. Lebihkan sayur-sayuran. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji) sekali snack, atau boleh ambil buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai healthy snack.

6. Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. Kerana ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Saya sendiri makan 6-7 kali sehari.

7. Lupakan terus air bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea.

8. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan membantu mempercepatkan proses penurunan. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progressnya.

9. Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang dah berjaya! (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan).

10. Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar.

11. Tidur mesti cukup 6-7jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan.

12. Minum air putih sehingga Urin anda berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air.

13. Bersenam. Saya tak bersenam hari-hari, cukup 3-4 kali seminggu. Janji konsisten. Jangan buat seminggu lepas tu cuti sebulan. Saya suka cardio. Tapi saya mixedkan macam-macam senaman supaya saya tak bosan. Selamat mencuba. Slowly but surely.

Menu-menu saya sebarang tanpa perasa tiruan ya. No MSG. No sugar. Less Salt.

 

Sumber: SCha EllCha Lee

Jom Komen