Wah, Siapa Lelaki Kacak Tu?

“I Am Me” “I Am Me” “I Am Me”

Dengar sahaja lagu “I Am Me” , pasti semua orang sudah mengenali penyanyi tersebut. Siapa yang tak kenal dengan Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Dato ‘Seri Vida (DSV).

Lagu “I Am Me” nyanyiannya menjadi bualan ramai dan di dengar di 177 buah negara.

Suka atau tidak, memang tidak dapat dinafikan Dato Vida sentiasa bijak mencari peluang untuk mempromosikan nama beliau.

Kalau dah bergelar jutawan, pasti ramai yang nak tahu kisah cinta Dato Vida selepas sah bercerai beberapa bulan lalu.

Jika anda mengikuti Instagram Dato Vida, beliau sering ditemani oleh seorang lelaki kacak. Siapa sebenarnya lelaki kacak tersebut?

Lelaki tersebut dikenali sebagai Iqbal Zulkifli berusia 23 tahun. Bukan sebarangan orang Iqbal ni. Dia merupakan pembantu peribadi Dato Seri Vida. Dia juga mengendalikan aktiviti media selebriti Malaysia. Jadi, mereka ini tiada hubungan romantik seperti yang anda sangkakan.

Sejak muncul sebagai pembantu Dato Vida, wajah kacak jejaka yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu ternyata menarik perhatian netizen.

Allah anugerahkan pembimbing yang baik buat saya, Dato Seri Vida @datoserivida . Dalam kerjaya, banyak hal yang saya aturkan dalam hidup sebenarnya . . 1) Pada usia 17 ke 22, saya mahu punya pengalaman bekerja sebanyak yang mungkin. Alhamdulillah, telahpun dibukakan Allah, saya berpengalaman bekerjasama lebih 15 syarikat dari pelbagai bidang . . 2) Saya senaraikan apa yang saya boleh, apa yang betul-betul tidak mampu lakukan, lalu saya fokuskan pada masa depan biarpun kadang ianya hilang dari kepercayaan dan pengharapan orang sekeliling. Bagi saya, kita yang membawa hidup kita. Ingat pada perjalanan, bahawa manusia bukan pengatur segalanya. Percaya pada diri, yakin pada Allah . . 3) Awal-awal dahulu lagi, saya tidak mahu bekerja secara rutin, duduk setempat dan tanpa cabaran. Saya tidak suka terlalu terikat dengan waktu. Saya teringin ke merata dunia. Sejak usia kecil, saya sudahpun sedar minat saya untuk sentiasa bersama kamera. Saya mahu berpakaian kemas. Dibenarkan kebebasan untuk berkarya. Tidak mahu hanya satu tugas . . Kini 95 peratus terjadi benar-benar seperti apa yang difikirkan. Semuanya terjadi seperti saya doakan di sejadah setiap hari, di setiap kesedihan, tanpa seorang manusia ketahui. Waktu itu, Allah sudahpun memberi keyakinan pada saya. Biarpun kerja saya amat berat sejujurnya. Cabaran yang amat kencang dan bertubi. Waktu dan otak harus cepat 10 kali ganda dari biasa. Tapi saya yakin, apabila Allah menjadi tempat pergantungan, walaupun kita bukan orang baik-baik, Dia akan pelihara kita. Satu hal lagi, hidup bermasyarakat, mengenali ramai orang, mengajarkan erti kematangan . . Saya selalu pesan pada diri, percayalah pada diri. Kita sebenarnya boleh menjadi apa saja. Tidak perlu buat yang pelik-pelik, atau tampak hebat di mata manusia, cukuplah menjadi orang yang sederhana dengan prinsip yang teguh, jiwa yang kuat.

A post shared by Ahmad Iqbal Zulkefli (P.A DSV) (@ahmadiqbalzulkefli) on

Rata-rata netizen terutama sekali wanita, bukan saja tertarik dengan penampilannya yang sentiasa tampil kemas dan segak, malah kesudiannya untuk kongsikan kisah peribadinya kepada umum.

Dalam satu pos, Iqbal meluahkan rasa terima kasih kepada Dato Vida kerana sudi membimbingnya untuk jadi orang yang lebih berjaya.

Tapi lepas tengok gambar mereka ni, apa salahnya kalau bercinta.

Sumber:  hanasuva & Insta ahmadiqbalzulkefli