[VIDEO] Resepi Muffin Coklat Yang Sangat Mudah

Assalamualaikum/Hi semua.

Muffin ni kalau nak sedap guna la coklat yang berkualiti. Dan jangan terlebih bakar untuk mengelakkan muffin menjadi terlalu kering.

Jom layan dulu video yang saya buat ni.

BAHAN-BAHAN UNTUK MUFFIN COKLAT

BAHAN A

  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula perang
  • 100 ml susu segar
  • 120 ml minyak jagung
  • 1/2 sk esen vanilla

BAHAN B

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil baking soda
  • 1/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan choc chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)

CARA CARA:

  1. Satukan semua bahan A di dalam bekas. Kacau sebati. (guna whisk)
  2. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko.
  3. Masukkan bahan yang diayak ke dalam bahan A tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan pula coklat chip. Gaul sedikit.
  5. Tuang adunan ke dalam cup (3/4 penuh) dan taburkan chocolate chips di atas nya sebagai haisan.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.

NOTA:

  1. Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan moist.
  2. Gula perang boleh digantikan dengan gula kastor.

 

Sumber: BuatOrangLapo

Jom Komen