Video Ibu Cedera Teruk Didera Anak Dan Menantu

KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Itu yang dapat digambarkan apabila seorang warga emas cedera teruk selepas didera oleh anak dan menantunya sendiri.

Menurut sumber, kejadian dikatakan berlaku di PPR Desa Wawasan Sungai Rambai, Bukit Mertajam, hari ini.

Mangsa dikatakan telah dikurung dan dipukul sejak sekian lama tetapi diketahui oleh orang lain. Namun, pada hari kejadian wanita malang ini telah meminta tolong jiran tetangga ketika anak dan menantunya tiada di rumah.

Bukit Mertajam Pulau Pinang13 Mac 2019VIDEO DIPERCAYAI SEORANG IBU DIDERA Menurut sumber kejadian belaku di sebuah flat di Bukit Mertajam dimana mangsa dipercayai telah di kurung dan di dera oleh anak dan Menantu sendiri.Kejadian dikatakan terbongkar semasa anak menantu ibu malang ini keluar dan jeritan mangsa meminta tolong didengar oleh jiran sebelum datang membantu dengan memotong kunci grill pintu rumah tersebut.Jiran yang terkejut melihat kecederaan mangsa kemudiannya menghubungi polis dan ambulance

Posted by MEDIA Hotline Utara on Rabu, 13 Mac 2019

Jiran tetangga telah mengumpil pintu rumah sebelum menelefon pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati ianya dipenuhi dengan kesan calar dan parut akibat dipukul dengan benda tajam.

Sehubungan itu, pihak polis telah menahan tiga suspek dan membawa mereka ke IPD Perdana untuk siasat lanjut.

Ikuti kami di Instagram Pen Hitam Dot Com

Jom Komen