[Video & Gambar] Rakaman Ular Melahirkan Anak, Jika Penggeli Sila Abaikan

Jika selama ini kita tahu bahawa ular akan bertelur untuk membiak yang mana telurnya mencecah berpuluh-puluh biji dalam satu masa. Telur ular diletakkan sama ada dalam lubang bawah tanah, dicelah kayu atau dibawah timbunan daun kering. Dalam masa yang sama, si ibu akan memerhati dari jauh akan telurnya.

Namun sebahagian daripada spesis ular seperti ular kadut belang, ular pucuk dan ular bangkai laut membiak dengan cara melahirkan anak. Hampir 30% spesis ular sebenarnya membiak dengan cara melahirkan anak.

Ular yang melahirkan anak kebiasaannya tinggal di kawasan-kawasan beriklim sejuk. Tanah dikawasan ini menyukarkan ular untuk menetaskan telur, menyebabkan telur dieram dalam badan hingga menetas, seterusnya kepada proses melahirkan anak ular. Jom kita lihat bagaimana ular ini melahirkan anaknya yang banyak. Jika anda penggeli, silalah tutup mata. Hehe.

Rakaman berikut menunjukkan beberapa spesis ular, seperti ular Kenyan Boa yang sedang melahirkan anak.

Sumber: Era FM & Youtube

Jom Komen