Umur 24 Tahun Dah Ada Rumah Dan Kereta, Lelaki Ini Ajar Langkah Demi Langkah Untuk Lulus Pinjaman Bank

Bukan mudah untuk bank meluluskan permohonan untuk pinjaman perumahan. Walaupun pelbagai dokumen sokongan sudah diberikan, ada saja yang tak lengkap pada mereka. Disebabkan kesukaran untuk mendapat kelulusan ini, maka ramai yang mematikan hasrat untuk membeli rumah.

Namun, berbeza pula dengan Yt Farhan, beliau berjaya membeli rumah yang diidamkan walaupun baru berusia 24 tahun. Walhal, dua tahun lepas, permohonannya juga ditolak. Bagaimana dia lakukan?

Inilah rahsianya…

 

INI tips beli rumah yang saya boleh share dan tips ini amat berguna buat anda yang berbisnes. Sebab tips inilah yang saya gunakan untuk beli rumah terlebih dahulu kemudian beli kereta idaman.

Jangan beli kereta dulu, kemudian baru plan nak beli rumah kerana nanti loan anda susah nak lulus. Sebabnya loan kereta 9 tahun sahaja, loan rumah pulak boleh ikat sampai 30 tahun ke atas ikut umur kita.

Walaupun kita beli rumah RM200k-300k, bulanan tetap boleh dengar sebab ikat lama, tak macam beli kereta.

Untuk yang kerja dengan majikan, lebih mudah kalau ikut tips ini sebab ada beberapa dokumen anda yang majikan dah siapkan.

Usia pun main peranan kalau muda sangat bank susah nak bagi lulus. Sekurang-kurangnya 18 tahun sebab adik saya backup penjamin saya dia umur 19 kot tahun ni, saya pula 24. Kalau tua sangat pun bank bagi lulus pinjaman takat berapa peratus je.

So pada usia muda ni ambil peluang untuk beli rumah. Kita buat lain dari yang lain. Macam kawan-kawan beli kereta dulu, kita beli la rumah dulu. Naik kereta lama pun tak apa janji nama tak ada hutang dekat kereta. Ini pengalaman yang saya nak share:

1. Pilih/kaji/aim kawasan perumahan yang anda nak beli dari segi geografi atau ekonomi ikut tujuan anda.

2. Cari pemaju dan buat bayaran booking fee. Jumlah bayaran booking yang tetapkan adalah dalam lingkungan RM500 ke atas. Jika loan tak lulus, duit booking ini akan dikembalikan (perkara ni kena tanya dari awal). Lepas buat bayaran booking anda akan dapat satu dokumen iaitu Sale & Purchase Agreement (S & P) dan bawa dokumen ini ke bank yang disyorkan oleh pemaju atau mana-mana bank yang anda nak buat loan.

3. Bank akan mintak:

– SSM dan ic.

– Penyata kewangan untung/rugi untuk dua tahun. Ini bagi yang berniaga. Dokumen ini kita akan dapat bila kita buat dengan juru audit bertauliah. Segala resit beli stok dan perbelanjaan bil akan dikira oleh juru audit. Bagi yang bergaji, bank akan minta slip gaji untuk beberapa bulan.

– Slip bank akaun semasa, siapa yang buat bisnes tapi tak buat akaun bank semasa sangatlah rugi sebab bank nak tengok duit keluar masuk dalam bisnes kita.

– Lengkapkan dokumen E-Filing. Kena daftar online dalam laman web LHDN. Dalam dokumen E-Filing ada nombor Cukai pendapatan kita. Nombor ini sangat penting.

– Slip bayar cukai pendapatan ke LHDN, dokumen ini pun bank nak 2 tahun. Sebab bank nak tengok macam mana tumbesaran bisnes kita. Dokumen ni jangan risau, juru audit boleh selesaikan untuk kita.

– 10% deposit daripada harga rumah yang kita nak beli.

– Tak cukup dengan 10% deposit, anda kena lebihkan duit untuk YURAN GUAMAN, YURAN PINDAH NAMA PEMILIK dan DUTY SETEM, serta YURAN PENILAIAN RUMAH. Jumlah semuanya mungkin 5% dari harga rumah. Jadi kena steandby duit lebih sikit. Kalau anda bernasib baik ada pemaju yang tanggung semua kos ini.

4. Lengkap semua dokumen di atas. Semoga permohonan kita lepas dari segi “scoring bank“ dan clear dari CCRIS walaupon CCRIS PTPTN. Kalau ada tunggakan PTPTN cepat-cepatlah selesaikan, kalau tak memang permohanan kita gagal.

5. Jika permohanan diluluskan, kita boleh bayar baki deposit serta duit booking masa mula-mula nak dapatkan S & P dan boleh buat segala bayaran urusan bank dan guaman.

6. Proses terakhir makan masa sikit, ikut bank dan pihak peguam uruskan macam mana. Bila loan kita lulus dan masuk dalam poket pemaju kita dah boleh dapat kunci rumah kita. Lepas tu bolehlah setup bekalan TNB, Air dan lain-lain.

7. Selain tu anda boleh sertakan dokumen simpanan ASNB, penyata KWSP, simpanan Tabung Haji atau gabungkan segala dokumen dengan adik beradik/isteri/suami bagi mengukuhkan permohonan anda.

 

Deposit yang dah dibayar pun kena pastikan ditolak dari jumlah pembiayaan yang kita mohon dan kira balik faedah yang dikenakan. Supaya tak ada pihak ketiga yang ambil kesempatan atas pembelian rumah kita.

Saya nasihatkan kawan-kawan yang nak beli rumah seelok-eloknya buat persediaan 2 tahun awal. Pastikan akaun semasa dah buat, segala resit yang berkaitan bisnes simpan dalam fail, kalau malas sangat buat penyata untung rugi cari juru audit untuk buatkan untuk bisnes kita. Nak beli kereta pun gunakan dokumen yang sama.

Sebenarnya 2 tahun lepas, permohonan loan rumah saya pernah ditolak disebabkan ada beberapa dokumen yang saya tak ada. Saya belajar dari situ betapa susahnya bank nak bagi kita pinjam duit. Walaupun gaji kita beribu-ribu tapi kalau dokumen yang bank perlukan kita tak sediakan, memang bank tak layan kita. Kalau nak beli rumah cash tak pasti macam mana.

Saya bersyukur pada usia saya 24 tahun saya dah ada rumah dan kereta yang saya impikan. Beruntung sangat disaat kawan-kawan belum tahu pasal beli rumah saya dah tahu.

Saya harap anda semua berjaya beli rumah yang anda nak dengan perkongsian saya ni. Kalau ada dokumen yang tak faham atau tak tahu tu bolehlah tanya saya. Jangan segan-segan.

 

Sumber: Yt Farhan

Jom Komen