Toner Khas Untuk Mereka Yang Ada Masalah Jeragat, Buat Sendiri Je

Walaupun jeragat tidak merbahaya, namun ia sudah cukup untuk merunsingkan hati dan perasaan orang yang mengalaminya. Oleh itu, penjagaan kulit perlu dilakukan secara konsisten. Bukan hanya dilakukan bila kulit mula bermasalah.

Bila muka bersih dan bebas daripada sebarang masalah kulit, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan diri seseorang. Bagi anda yang sedang mengalami masalah jeragat, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Herry Rozular ini.

Jom baca perkongsian beliau.

MALAM ni buat toner kat mak kita. Jeragat ni memang benda biasa dah bila umur 35 ke atas. Orang kulit normal pun boleh amalkan cuma tak payah letak limau nipis tu je.

Ni botol beli je dekat daiso. Takde daiso beli je la botol-botol macam ni dalam watson ke guardian ke. Memang ada biasa.

 

Ni je bahannya. Dependlah saiz botol macam mana. Kalau kecik, timun tu potong dua.

 

Blend je cik timun tadi ha.

 

Dah siap tu tapis pastu letak limau nipis. Limau nipis ni untuk orang berjeragat je. Kalau normal cukup je dengan timun tadi je. Nak best lagi letak dalam peti sejuk. Nanti spray nanti memang rasa segar.

 

Sumber: Herry Rozular

Jom Komen