Tips Jika Ditindih Jin Semasa Tidur, Jangan Gelabah Dan Amalkan Doa Ini Segera

Advertisement
Advertisement

BILA rasa ditindih, tenangkan fikiran, jangan panic, setkan dalam kepala anggap biasa-biasa je. InsyaAllah di sini ada beberapa tips untuk anda ikuti.

  1. Tarik nafas sedalamnya dan tahan nafas beberapa saat sambil zikir dalam hati Allah sebanyak-banyaknya, kemudian hembuskan perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.
  2. Azan sekuat-kuatnya dalam hati, sehingga anda mampu untuk melepaskan suara azan di mulut.
  3. Membaca ayat kursi atau apa-apa surah yang terlintas dikepala. Baca di dalam hati.
  4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhannya.
  5. ubah posisi tidur.

 

Cara Mengelakkan Diri Dari Ditindih Syaitan Seperti Berikut:

  1. Kibas tilam sebelum tidur
  2. Menjaga kebersihan bilik/tempat tidur
  3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur, (berwuduk, zikir, mengaji sebelum tidur)
  4. Membaca 3 qul tiup di tangan dan sapu keseluruh tubuh
  5. Membaca ayat kursi sebelum tidur
  6. Istighfar
  7. Bismillah 21 kali
  8. Tidur dilambung kanan.

Semoga Bermanfaat.

Advertisement
Jom Komen