Telur Dan Air Kelapa, Rahsia Petani Thailand Untuk Pokok Berbuah Cepat Dan Lebat

Dalam bidang pertanian, Thailand jelas mendahuli kita sama ada dari segi kualiti mahu pun kuantiti buah yang dihasilkan. Pokok-pokok mereka setiap tahun berbuah lebat.

Tidak dinafikan banyak faktor yang menjadi punca sesebuah pokok untuk menghasilkan buah yang banyak. Antaranya adalah racun dan baja yang digunakan.

Walaupun masih ada petani di sana yang menggunakan baja kimia. Tapi sebenarnya ramai yang telah bertukar menggunakan baja organik yang dihasilkan sendiri. Yang penting hasilnya lebih baik berbanding baja kimia.

Nak tau caranya? Jom baca perkongsian dari page Ladang Muhammad. Lepas ni korang dah tak perlu risau pasal buah dah. Confirm lebat!

Kredit Foto: Ladang Muhammad

GERAM tak tengok pekebun-pekebun di Thailand pokok buahnya yang masih muda tapi buah merimbun. Malah ada buah lebih banyak dari daun. Ada orang kata mereka guna baja kimia. Tapi hakikatnya bahan mudah diperolehi ini yang digunakan untuk membuat hormon penggalak buah. Anda patut cuba.

 

Bahan-Bahan

Kredit Foto: sembangviral.com
  • 2kg kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2kg gula perang
  • 1 biji ragi tapai
  • 1 botol yakult
  • 2 kotak susu segar
  • 2 biji air kelapa muda

 

Cara-cara

  1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.
  2. Adun kesemua bahan bersama di dalam satu bekas.
  3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
  4. Selepas 14 hari, saringkan bahan untuk mengambil pati air perapan.
  5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang bakal disembur.
  6. Gunakan 10ml pati bersama 20 liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.

 

Sumber: Ladang Muhammad