‘Tak Tahu Macam Mana Boleh Kena’-Datuk Yusof Haslam

Penerbit dan pengarah popular, Datuk Yusof Haslam dimasukkan ke pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat muntah-muntah, sejak semalam.

Yusof, 63, berkata, dia mengalami cirit birit dan muntah-muntah sejak dua hari lalu.

“Saya pun tak tahu macam mana boleh terkena. Mungkin berpunca daripada makanan. Sebelum muntah-muntah, saya terkena cirit-birit. Disebabkan itu, saya ke hospital untuk mendapatkan ubat.

“Alhamdulillah, hari ini rasa sihat… mungkin dapatlah keluar petang ini,” ujarnya

Yusof berkata, doktor turut menasihatkannya agar lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan.

Katanya, pada usia sebegini dia perlu menjaga kesihatan kerana mudah mendapat penyakit.

“Doktor nasihat agar saya tidak makan makanan yang pedas-pedas, biasalah sudah tua ini tidak boleh makan sembarangan.

Yusof juga berterima kasih kepada semua keluarga dan rakan yang datang menziarahi di hospital selain ucapan doa yang diterima.

Sumber: Mstar & Harian Metro