Sultan Brunei Pandu Sendiri Kunjungi Perdana Menteri Baru

PUTRAJAYA: Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, merupakan pemimpin asing pertama yang menemui Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana sebaik sahaja bermulanya kerja hari ini.

Sultan Hassanal kelihatan memandu sendiri Mercedes Benz hitam dengan nombor pendaftaran X111 NAM 6, diiringi rombongan sekurang-kurangnya 15 buah kereta, tiba kira-kira 11.45 pagi.

Beliau ditemani juga Putera baginda Pengiran Abdul Mateen.

Dr Mahathir menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal di anjung Yayasan Kepimpinan Perdana.

Jurufoto yang menunggu di luar pintu pagar kedengaran memanggil Dr Mahathir untuk meminta beliau memandang ke arah kamera dan memberi gaya yang terbaik sambil menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 11.28 pagi. -Bernama

Sumber: mStar Online

Jom Komen