Subhanallah, Dengan Hanya Memeluk Isteri, Ia Dapat Kurangkan Sakit Dan Gelisah Mereka. Suami Wajib Baca.

Advertisement
Advertisement

“Ish…apa awak ni peluk-peluk? Buang tebiat ke? Malu la anak-anak tengok.”

Itulah antara ungkapan yang sering diutarakan oleh golongan bergelar ‘suami’ apabila dipeluk atau pun diminta untuk memeluk isteri.

Bagi mereka, perasaan kasih dan sayang yang wujud di dalam hati sudah memadai tanpa perlu disokong dengan perbuatan.

Hakikatnya, mereka tidak mengetahui bahawa ‘kasih sayang’ itu perlu diluahkan supaya hubungan antara suami dan isteri bertambah akrab dan mesra.

Ketika memeluk isteri, sejenis bahan kimia akan dibebaskan. Bahan kimia tersebut dipanggil hormon gembira atau endorfin, bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan resah gelisah.

Best bukan?

Dengan hanya memeluk isteri, tak sampai 5 minit pun, boleh kurangkan sakit dan gelisah isteri.

Tak perlu makan ubat dah.

Selain itu, hormon cinta atau oksitosin turut dibebaskan ketika memeluk isteri. Hormon ini dapat membantu menjadikan hubungan suami isteri lebih mesra.

Jadi, suami dah tak perlu nak cari ‘cinta sejati’ dekat luar. Peluk saja isteri anda dan hormon cinta akan dirembeskan.

Malah, daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW kebiasaannya setiap hari tak lupa mengunjungi para isteri dan akan menghampiri dan membelai walaupun tak mencampuri mereka (kerana bukan giliran bermalam untuk isterinya).

Akhlak rasulullah SAW dalam menyantuni isteri-isterinya harus diambil sebagai contoh dalam melayari bahtera rumah tangga.

Bukan susah pun nak peluk isteri. Sambil-sambil melihat isteri lalu lalang atau semasa tengah mengemas rumah, cuba-cubalah tarik dan peluk seketika.

Masa itulah akan terbit semula bibit-bibit percintaan antara anda berdua semasa muda-muda dahulu.

Di sini kami senaraikan masa terbaik untuk memeluk isteri. Tak perlu tunggu merajuk baru nak peluk.

 

Masa Terbaik Memeluk Isteri

1. Ketika Isteri Sibuk Di Dapur

Ketika isteri sibuk memasak atau membasuh pinggan mangkuk rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra.

Elemen kejutan seperti ini, akan membuatkan si isteri rasa dihargai, penat dan letih memasak pun akan hilang.

Biarpun anda tak membantunya memasak, sentuhan mesra itu sudah cukup membahagiakan.

 

2. Sebelum Pergi Kerja

Setiap hari, amalkan peluk isteri 10 saat sebelum pergi kerja. Lagi lama, lagi baik. Khabarnya boleh panjangkan usia suami dan isteri.

Tapi jangan lama sangat, takut tak jadi pergi kerja nanti.

 

3. Ketika Menonton Televisyen

Masa tengok TV tu dakaplah isteri. Kalau tengok cerita romantik, pastinya pelukan itu akan jadi lebih mesra.

Kalau tengok cerita seram, pastinya pelukan itu akan tenteramkan si isteri.

 

4. Ketika Tidur

Tidur di atas lengan suami adalah nikmat yang paling indah bagi isteri. Peluklah pasangan masing-masing agar terbebas hormon cinta dan hormon bahagia.

 

5. Ketika Isteri Sedang Merajuk

Antara salah satu cara terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk ialah dengan memeluk si isteri.

Orang perempuan ini bukanlah nakkan duit atau harta benda, kalau dia sedang merajuk, kata-kata mesra dan pelukan manja pun dah boleh memujuk hati yang panas.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Jom Komen