Servis Dapur Sendiri, Buang Karat, Barulah Apinya Sekata

Kalau korang jenis yang rajin memasak, kenalah rajin servis dapur jugak. Sebab dapur yang kerap digunakan ni memang senang sangat nak buat hal. Bila tiba masanya, dia akan tersumbat la, api kecik la.

Tapi bab nak servis tu yang lemah. Tak ramai yang nak buat. Bila suruh upah orang dikatanya mahal. Kalau nak tukar baru, nak kena ada duit. Akhirnya, ibu-ibu hentam guna dapur ‘tersumbat’ tu sampai betul-betul rosak.

Sebenarnya, nak servis dapur ni mudah je. Ni Abdul Ghopar Zakaria Ansari ada tunjukkan caranya.

 

HARI-HARI dapur bekerja untuk kitakan.

Bila kali terakhir korang servis dapur korang?

Sesekali jom kita minta pasangan kita buat kerja romantik servis dapur kesayangan kita.

 

ALAT-ALAT

  1. Playar
  2. Paku saiz seinci setengah
  3. WD-40 (Spray anti karat)
  4. Pisau

 

CARA-CARA

  1. Buka tungku dari dapur. Pastikan kepala gas telah ditutup atau dicabut dari tong gas.
  2. Semburkan WD-40 pada keseluruhan tungku dan biarkan selama 5 minit dan kikis guna pisau. Pastikan tungku sejuk ya jangan yang panas pulak. Melecur tangan nanti.
  3. Masukkan paku ke dalam lubang tungku dan ketuk guna playar (ulang pada setiap lubang.
  4. Keluarkan serpihan karat melalui lubang tungku yang bersambung dengan pemetik dapur gas tu.
  5. Sembur lagi sekali anti karat WD-40 dan lap kering kemudian pasang seperti asal. Buka tungku satu-satu ya takut lupa cara pasang kedudukan asal.

 

Sumber: Abdul Ghopar Zakaria Ansari

Jom Komen