Selepas Dihentam Teruk Warganet, Penyanyi Lagu ‘Wik Wik Wik’ Hadir Dengan Video Muzik Baru

Advertisement
Advertisement

Penyanyi dari Thailand, lagu wik wik wik, Sittichai Vibhavadee tampil memohon maaf dalam sebuah talk show di Thailand sambil mengakui sedih dan malu apabila mempersembahkan lagu ini di depan khalayak ramai.

Mendapat perhatian ramai, Sittichai Vibhavadee dan Pennapa Naebchid dikecam hebat gara-gara memaparkan agenda malam pertama yang berbunyi ‘wik wik wik‘ di di dalam video. Video klip dan lagu ini mengisahkan tentang hubungan lelaki dan wanita yang mempunyai hubungan cinta. Akan tetapi, hubungan itu terkandas dan wanita ini telah berkahwin dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, bahagian korus lagu ini telah menjadi ikutan anak muda sehingga tular di media sosial. Lebih memilukan lagi apabila golongan ibu bapa tersinggung.

Muzik video asal:

Disebabkan kecaman hebat warganet, penyanyi menebus kesilapan dengan menghasilkan muzik video kedua yang lebih ‘sopan’.

Muzik video terbaru:

Memetik portal Sanook.com lagi, penyanyi Pennapa Naebchid menyedari lagu ‘Khang Se Ai Nae‘ (Call my name just one time) berisiko tinggi jika dibawa dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai. Apabila membawa lagu ini di khalayak ramai rasa sukar dan memalukan. Ini adalah cerita yang menghiburkan, saya ingin menggembirakan orang dan memberi tumpuan kepada muzik, tetapi apa yang kita miliki mungkin sedikit nakal.

Advertisement
Jom Komen