Selain Kanser, Ini Fakta Yang Ibu-Ibu Perlu Tahu Sebelum Suap Hot Dog Ke Mulut Anak-Anak

Advertisement
Advertisement

Sosej atau nama lainnya hot dog adalah sejenis makanan proses yang cukup popular di dunia. Siapa yang tak suka makan hot dog kan? Boleh kata hampir semua negara ada hot dog.

Tetapi tahukah anda, hot dog bukanlah makanan yang baik untuk kesihatan. Ia boleh mendatangkan masalah pada tubuh badan sekiranya diambil secara tidak terkawal. Paling menggerunkan ia turut meningkatkan risiko kanses usus.

Berikut adalah antara fakta tentang hot dog yang anda wajib tahu.

KORANG suka makan Hot Dog? Kadang-kadang orang selalu makan sebagai sarapan dan minum petang. Malam pun jalan.

Namun. Di sebalik keenakannya ada fakta bahaya yang perlu kalian tahu.

1. Sejenis makanan proses yang mengandungi sumber lemak tepu yang amat tinggi.

2. Hot Dog dan KANSER USUS itu berpisah tiada pada manusia.

3. NITRITE di dalam HOT DOG dan kebanyakan makanan proses lain dimaklumkan menyebabkan Kanser Usus

4. Menurut kajian dari 2008-2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya di kalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

5. Kandungan garam dan lemak tepu yang ada di dalam sosej menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

6. NITRITES merupakan garam tambahan yang digunakan sebagai bahan pengawet di dalam HOTDOG.

7. Apabila ia dicernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.

8. Lebih menguatkan, merujuk WHO’s International Agency for Research on Cancer, setiap 50g daging proses yang dimakan meningkatkan risiko kanser usus sebanyak 18%.

9. Selain kanser, Hot Dog antara penyebab utama penyakit obesiti. Tambahan ia disediakan dengan pelbagai cara. Termasuk goreng.

10. Bayangkan jika Hot Dog dah tinggi garam, digoreng pula dengan rendaman minyak. Apatah lagi minyak yang sama diulang goreng sampai bertukar warna kepada hitam. Berapa toksin dah masuk ke dalam badan.

11. Orang-orang ofis, kanak-kanak dan para pelajar kena elakkan Hot Dog jadi makanan harian.

12. Langsung tidak sesuai untuk dijadikan sarapan. Apatah lagi sekali makan sudah berkeping-keping.

13. Kesan awal akibat makan Hot Dog yang banyak. Badan mula lesu, kepada mula pening-pening.

14. Jangan jadikan Hot Dog sebagai menu utama. Apa-apa sahaja jenama sekali pun.

15. Hot Dog penyebab gemuk. Penyakit berbahaya dan ketagihan.

16. Badan lesu, lemak makin bertambah, badan gelebeh.

 

FAKTA LAIN DARI KKM

Pakar kanak-kanak menyarankan agar tanda AMARAN diletakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG.

Bagi kanak-kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum dikuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG.

 

FOKUS PADA MAKANAN TULEN

Begitulah serba sedikit. Jika kalian mahu diet dan hidup secara sihat hindarilah hot dog. Fokus pada makanan tulen. Yang lebih tinggi nutrisinya.

Boleh Share untuk kawan-kawan yang lain. Ingat. Elakkan makanan segera. Fokus pada “Real Food”

Insya-Allah. Diet akan menjadi. Badan lebih sejahtera.

*Sumber rujukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Sumber: Arif Sukri – Certified Fitness Instructor

Advertisement
Jom Komen