Sebulan Tak Hilang Batuk, Akhirnya Petua Doktor Ini Membantu

Advertisement
Advertisement

Batuk merupakan salah satu penyakit yang buat kita tidak selesa. Apalagi jika kita terpaksa berdepan orang ramai. Kerap kali batuk sudah tentu menggangu orang sekeliling.

Batuk menyerang semua peringkat umur dan adakalanya sangat sukar untuk baik. Batuk teruk menyebabkan tekak dan dada kita sangat-sangat tidak selesa. Biarpun kita telah ambil ubat klinik, ada sesetengah batuk tu tidak juga baik.

Dalam artikel kali ini, Puan Norarfina Fatini, atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Sha, berbesar hati untuk berkongsikan sebuah petua menarik untuk mengatasi batuk. Menurutnya, kalau sekali dia diserang batuk, tempohnya memang lama, adakalanya makan masa sebulan untuk sembuh. Sampai kadang-kadang masalah menjadi lebih teruk sebab terkencing setiap kali batuk.

Semua ubat batuk hospital, klinik, dan farmasi telah dicuba tapi tetap tak sembuh. Akhirnya, Kak Sha ikhtiarkan juga resepi yang disyorkan oleh doktor yang telah merawatnya selama 18 tahun. Tambah Kak Sha, semua masalah kesihatan diri dan keluarga selalunya memang dirujuk dengan doktor ini. Alhamdulillah, petua yang dicuba dapat membantu batuknya sembuh.

Jadi, di sini dikongsikan bahan-bahan dan cara-cara membuat penawar ubat batuk tradisi yang boleh anda cuba.

 

Bahan-Bahan

  • 3 cawan air
  • 3 batang serai diketuk
  • Halia (banyakkan sedikit sampai terasa pedas)
  • 2 helai daun pandan
  • 1 ketul gula batu
  • 5 hiris lemon (setengah biji)
  • 7 biji bunga cengkih ( optional, ini Kak Sha tambah )
  • 2 batang kulit kayu manis ( optional, ini Kak Sha tambah )

 

 

Cara Penyediaan

1. Rebus

Pertama sekali, rebus kesemua bahan (kecuali lemon) selama setengah jam.

 

2. Perah Lemon

Seterusnya, alihkan air rebusan tadi ke dalam bekas. Barulah perah hirisan lemon.

 

3. Sedia Diminum

Bila dah siap, bolehlah minum. Seeloknya minum air rebusan ini ketika ianya suam.

 

4. Cara Menyimpan

Jika ada lebihan air rebusan tadi, boleh simpan di dalam peti sejuk.

Masa nak minum boleh panaskan balik dan perahkan lemon.

 

Boleh Juga Diamalkan Selalu

Sebenarnya banyak khasiat yang terkandung dalam bahan-bahan semulajadi seperti serai dan lemon. Ada yang mengamalkan minuman ini untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, dan mewangikan tubuh.

Apapun, jika batuk anda masih tak berkurangan atau tahap kesihatan makin merosot, jangan lupa jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan susulan.

Selamat mencuba!

 

Sumber: Sirap Limau

Advertisement
Jom Komen