“Saya Tak bodoh” – Fathia Latiff

Sebelum ini, Fathia Latiff diserang netizen apabila video dirinya menari dalam keadaan memalukan di aplikasi Bigo Live tersebar.

Terbaru, Fathia sekali lagi menjadi perhatian apabila dia memberikan komen berkenaan tajuk berita laporan The Star Online, yang memetik kenyataan dari Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin, “Malaysia to be cashless society by 2050“.

Berdasarkan tajuk tersebut, pelakon itu berpendapat, masyarakat akan kembali ke zaman batu kerana mengamalkan sistem barter.

 

 

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke?, buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya di twitter.

Menurut Harian Metro, Fathia bagaimanapun menjelaskan, tweet tersebut hanyalah pendapat peribadinya selepas melihat keadaan ekonomi yang tidak menentu.

“Saya menerima paparan skrin berita berkenaan daripada seorang kenalan. Melihat artikel itu saya terus terdetik dan tweet apabila melihat keadaan ekonomi negara yang kurang memuaskan sekarang ini.

“Sebagai rakyat kita ada hak untuk bersuara. Saya memuat naik status terbabit adalah dalam bentuk sarkastik dan tidak menyangka ia menjadi tular.

“Saya tak bodoh. Saya sedar dan faham maksud tajuk berita itu cuma saya sengaja Tweet dalam bentuk sarkastik,” katanya.

Fathia menjelaskan, dia tidak pernah mempertikaian kenyataan dalam artikel terbabit, sebaliknya sekadar memberi kesedaran.

“Cashless membawa pelbagai maksud. Saya bukan lakukan kajian berkenaan tweet yang dimuat naik. Ia hanya sekadar pandangan semata-mata. Kalau masyarakat mengambil ia sebagai perkara yang serius, susahlah. Kenapa tidak ambil dari sudut positif dan berusaha mengubah negara menjadi lebih baik.

“Saya lihat tweet saya itu sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada orang ramai. Walaupun saya ini bukan sesiapa tapi netizen mengambil kenyataan saya itu sebagai sesuatu yang serius.

“Saya faham kenyataan YB Khairy Jamaludin berkenaan Cashless society itu. Ia bermaksud masyarakat tanpa tunai.

“Bagaimanapun cuba kita bayangkan kalau negara menjadi lebih teruk apakah yang akan berlaku terhadap ekonomi kita. Jadi tujuan saya memuat naik tweet itu secara tidak langsung membangkitkan orang untuk lebih membuka mata supaya lebih berfikiran positif,” katanya.

Walaupun menerima kecaman hebat daripada netizen, ia sedikitpun tidak melemahkan semangatnya.

“Saya kenal diri saya dan saya pernah ambil jurusan undang-undang sebelum ini.

“Walaupun dikecam hebat, ia tidak menjatuhkan semangat.

“Saya percaya orang yang hentam itu kadangkala mudah terikut-ikut. Mereka tidak fikir secara mendalam apa yang saya sampaikan,”katanya.

Rata-rata netizen menganggap pelakon berkenaan tidak faham maksud perkataan berkenaan, malah tidak membaca berita terbabit terlebih dahulu sebelum memberi pendapatnya.

Antara yang memberikan komen terhadap tweet Fathia ialah Redza Minhat,  yang merupakan seorang pelakon dan juga seorang penulis skrip.

 

 

Fathia Membalas Kenyataan Redza

 

Redza Membalas Semula Kenyataan Fathia

 

Antara Tweet Dari Netizen

 

Sumber: Harian Metro, Twitter Fathia Latiff, Twitter Redza Minhat