Saya Diminta Untuk Buat Laporan Agar Najib Tak Sempat Lari Sebelum Tindakan Diambil – Bekas Pengarah Risikan SPRM

BEKAS pengarah risikan SPRM, Datuk Abdul Razak Idris dilihat berada di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat laporan terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi Isnin, lapor mStar Online.

Beliau membuat laporan tersebut selepas diminta oleh bekas majikannya untuk berbuat demikian bagi menghalang mereka yang terlibat dalam siasatan untuk melarikan diri.

“Saya sebenarnya diminta oleh bos saya dulu supaya datang buat laporan dengan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksinya tak sempat lari sebelum tindakan diambil.

“Itulah antara sebab saya buat laporan,” katanya ketika pemberita di luar Pejabat SPRM Kuala Lumpur, pagi Isnin.

Katanya, laporan dibuat terhadap Najib dan rakan-rakan sejenayah atau pesubahat kerana disyaki menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

“Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan dengan memuaskan,” katanya.

 

Sumber: mStar Online

Jom Komen