Saya Dan Keluarga Tetap Gembira Macam Tiada Apa-Apa

Hafiz Hamidun menyatakan dia dan keluarganya sedikit pun tidak terkesan dengan segala tohmahan dan cerita kurang enak mengenai dirinya yang hangat diperkatakan termasuklah pendedahan dibuat Joy Revfa itu.

Kata penyanyi nasyid ini, ketika ini sentiasa tenang, gembira dan mampu meneruskan hidup seperti biasa bersama ahli keluarganya.

“Saya dan keluarga gembira seperti tiada apa-apa. Tiada sebab untuk saya terkesan atau terhina dengan perkara itu.

“Ahli keluarga pun menyokong saya seratus peratus, kami sabar dan teruskan hidup seperti biasa sahaja,”

Melalui portal mStar, Hafiz membuat komen ini apabila diminta mengulas tentang sidang media dibuat isterinya, Joy Revfa.

Antara yang hangat diperkatakan ialah mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun merupakan suami yang tidak bertanggungjawab termasuklah gagal memberi nafkah batin.

Hafiz berkata, dia dan ahli keluarganya tidak mengambil pusing mengenai apa yang dilakukan oleh Joy Revfa.

Malah dia memberi amaran kepada Joy dan sesiapa saja agar tidak terus mengaitkan namanya lagi pada masa hadapan.

“Sekarang saya sudah ada peguam, saya tak boleh buat apa-apa kenyataan kepada orang ramai.

“Tapi saya nak bagi amaran, kalau ada sebarang kenyataan, kiasan atau apa sahaja fitnah melibatkan saya, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” ujarnya.

Sumber: Mstar