Sampai Giant Tapi Dompet Tinggal? Lelaki Ini Ajar Cara Nak Keluarkan Duit Tanpa Kad Di ATM

Tertinggal dompet tu perkara biasa dan boleh jadi pada sesiapa. Paling sedih bila kita keluar nak beli barang, tapi sedar-sedar dompet tak bawa. Jenuh nak patah balik semata-mata ambil dompet. Kalau rumah dekat tak apalah juga, tapi kalau jauh macam mana?

Tapi, sama ada korang tahu atau tidak, untungnya ada online banking ni ialah korang boleh gunakan untuk keluarkan duit tanpa menggunakan kad Bank di mesin ATM.

Situasi ni terjadi sendiri pada Ahmad Asyraf Asyari. Dia kongsikan kisah bagaimana dia keluarkan duit tanpa menggunakan kad bank di mesin ATM. Jom baca dan lihat cara-caranya.

 

SEMALAM pergi Giant Batu Caves nak beli barang dapur. Dah sampai dekat parking cari dompet. Aduh! Tertinggal pula di rumah. Duit dalam poket ada RM2 je. Nak patah balik, memang taklah nak pergi Giant balik lepas tu.

Orang rumah dah pasrah dah muka. Sebelum tu muka ceria nak beli barang-barang untuk buat sandwich dan salad. Ya lah kan, suami nak bawa bekal ke tempat kerja. Sebagai isteri solehah, mesti seronok nak sediakannya pun adui. Hehe.

Jadinya, duduk berfikir sebentar.

Baik, kita cuba buat online banking. Dalam kereta ada kad Bank Muamalat isteri yang dah lama tak pakai. Tapi bila nak buat ‘IBFT’ dari Maybank tiadalah pula dalam senarai. Kena cari jalan lain ni.
Terus teringat yang Maybank ada khidmat ‘Pengeluaran tanpa Kad’ atau “Cardless Withdrawal’.

Alhamdulillah berhasil. Syaratnya mesti kena ada akaun Maybank. Hong Leong pun ada. Bank-bank lain tak tahu lagi dah ada ke belum perkhidmatan ini.

 

Caranya

1. Masuk Maybank2u guna telefon anda. Takkan bawa laptop pula ke pasaraya kan? Klik ‘Account & Banking’.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

2. Pilih ‘transfer’ kemudian ‘Cardless Withdrawal’.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

3. Isi maklumat yang diperlukan kemudian akan terima mesej melalui SMS.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

4. Dapat saja SMS cari ATM Maybank yang berdekatan. Tekan mana-mana butang. Akan keluar skrin pilih bahasa.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

5. Pilih pengeluaran tanpa kad.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

6. Tekan Teruskan.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

7. Masukkan 16 digit yang dapat dalam SMS.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

8. Lepas tu masukkan lagi 6 digit yang dapat melalui SMS juga.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

9. Ambil wang anda dan penyata. Selesai. Boleh belanja dengan senang hati.

Kredit Foto: Ahmad Asyraf Asyari

 

Mudahkan, jadi tidak risau lagi jika dompet dan kad ATM anda tertinggal ketika di pasaraya, janji ada internet dan yang paling penting duit ada dalam akaun.

 

Sumber: Ahmad Asyraf Asyari

Jom Komen