Sahabat Pertahan Farid Kamil Kerana Peribadi Beliau Yang Baik

Berikutan isu hangat dan tular masa kini berkenaan aktor kacak, Datuk Farid Kamil, pelbagai andaian, tomahan dilontarkan kepada pelakon terbabit.

Netizen terus memperkatakan dengan pelbagai andaian sehingga menyentuh isu peribadi termasuklah menyerang laman sosial isteri kepada Farid Kamil.

Lagi parah apabila isu keluarga mula digembar gembur pihak media sehingga timbul rasa kurang enak dikalangan kawan-kawan artis dan ramai yang bagi sokongan kepada Farid kerana percaya Farid tidaklah seperti yang digembar gemburkan.

Seorang kawan baik kepada Farid Kamil telah mengeluarkan satu posting di instagram miliknya dan menyokong sepenuhnya sahabatnya.

Kimmy, atau nama dalam Instgram @kaptenkimmy7 menganggap Farid Kamil seorang sahabat yang baik dan seorang sahabat yang tidak pernah tinggalkan solat, malah sering menasihatinya perkara-perkara baik.

Ramai netizen turun bagi kata-kata positif selepas membaca posting berkenaan.

Semoga segala kebenaran terungkai dan ujian dilaluinya menjadikan beliau lebih tabah.

Antara komen-komen dari netizen melalui posting berkenaan:

Sumber: Instagram Kaptenkimmy7