Rupanya Kena Makan 6 Kali Sehari Baru Cepat Kurus

Advertisement
Advertisement

Orang yang nekad nak kurus pasti sanggup buat apa sahaja untuk turunkan berat badan tanpa memikirkan sama ada cara tersebut betul atau salah.

Ramai orang ingat, kalau nak kurus, dia tidak boleh makan. Mungkin berat badan akan turun, tapi dalam masa yang sama cara ini akan membahayakan kesihatan.

Jika anda rasa cara terbaik untuk kurus adalah dengan tidak makan, maka anda sebenarnya dah menyimpang jauh dari landasan yang betul.

Sebenarnya, untuk kuruskan badan anda perlu makan 6 kali sehari. Paling penting jangan langgar 5 ‘pantang larang’ di bawah dalam tempoh anda nak kurus.

 

1. Sikit Tapi Kerap

Makan makanan berdasarkan kualiti bukan kuantiti. Biar makan dalam kuantiti yang sikit tetapi kerap. Berapa kerap yang perlu makan dalam sehari? Lihat point nombor 5.

Kredit Foto: onlymyhealth.com

 

2. Elak Makanan Berminyak

Jika boleh elak Wajib elak daripada memakan makanan berlemak dan bertumis dalam masa sebulan, pasti berat banda anda akan menurun. Tak percaya, cubalah.

Kredit: Foto: remediesforme.com

 

3. Ganti Snek Dengan Buah

Jangan sesekali makan makanan ringan. Makanan ringan sangat tinggi kalori dan garam. Gantikan dengan buah kegemaran anda. Ini lebih baik.

Kredit Foto: organicfacts.net

 

4. Ambil Gambar Makanan

Sebelum makan ambil gambar dulu. Tapi bukan untuk upload dalam facebook atau instagram. Sebaliknya, gunakan gambar tersebut untuk kira kalori makanan yang diambil.

Kredit Foto: dailymail.co.uk

 

5. Makan 6 kali sehari

Untuk diet yang sihat, anda perlu makan 6 kali sehari dengan kuantiti yang tidak banyak. Sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam, minum malam.

Kredit Foto: livestrong.com

 

Nota Tambahan:

Setiap kali terasa lapar, makan buah. Sebiji epal sudah cukup untuk mengawal rasa lapar. Lapar bermaksud metabolisme anda sedang meningkat dan pembakaran sedang berlaku.

 

Sumber: Mingguan Wanita

Advertisement
Jom Komen