Resipi Overnight Oats Yang Sedap, Siapa Yang Nak Kurus Wajib Cuba

Advertisement
Advertisement

Bagi yang pernah menjalani misi untuk menurunkan berat badan, pasti pernah menjadikan oat sebagai pilihan ketika sarapan.

Ini kerana oat dikatakan boleh membantu untuk rasa kenyang lebih lama. Selain itu ia turut diperkayakan dengan serat yang baik untuk penghadaman dan boleh membantu untuk kurangkan kadar kolestrol dalam tubuh.

Walaupun mempunyai banyak khasiat, ramai yang gagal untuk jadikan oat sebagai makanan harian kerana rasanya yang tawar dan ‘bertepung’. Akhirnya ramai yang kembali mengambil nasi lemak sebagai sarapan.

Tapi, kalau anda ikuti perkongsian daripada Suzanah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anjeli, pasti ada akan rasa teruja untuk makan oat. Ini kerana, dia kongsikan cara untuk sediakan hidangan oat agar lebih sedap dan tak kembang tekak.

Jom baca perkongsian daripada beliau.

ANJELI paling tak lalu telan oat tau tapi yang ni sangat-sangat sedap dan mengenyangkan. Sejak terjebak dengan bendalah ni, Anjeli rasa badan ringan sebab lawas, kurangkan berat badan. Ini Anjeli paling suka sebab memang berat Anjeli turun.

Pastu membantu mengurangkan kolestrol. Dulu-dulu Anjeli gigih la telan quaker oat bodoh-bodoh kosong gitu je. Kembang tekak muntah balik. Esok buat balik tambah milo pun tak lalu telan. Dua tiga sudu je rasa loya nak muntah. Sudahnya simpan la oat tu sampai expired.

Sekali buat yang ni terus ketagih kau. Rupa-rupanya lebih bagus dan sedap guna rolled oats sebab takde rasa “bertepung” macam yang jenis instant tu.

Ini resipinya.

 

RESEPI OVERNIGHT OATS WITH BLACK GRAPES

Bahan-Bahan

  • 4sb rolled oats
  • 100ml fresh milk/low fat
  • 1 sb natural yogurt
  • 1 sk chia seeds
  • 7-9 biji kismis
  • 1 sb madu @ 1sk chocolate syrup
  • 1 sb pumpkin seed
  • 5-6 biji black grapes

 

Cara-Cara

  1. Campur je semua bahan dalam bekas. Anjeli suka mug kaca comel-comel siap bertutup camtu. Cantik.
  2. Pastu simpan chiller semalaman atau 4 jam
  3. Esok pagi buat bekpes. Sedap!

 

Nota Tambahan

  • Better makan fresh-fresh. Boleh simpan limit 3 hari sahaja. Anjeli pernah try. Boleh makan tapi tak sesedap macam 1st day. Jangan simpan lama-lama sebab takut masam. Ada susu dan yogurt kan. Faham-faham aje le.
  • Oat tak perlu masak sebab ni jenis instant.
  • Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke. What ever. Korang campur je semua.
  • Anjeli beli mug tu dekat Giant. RM4.99 sebiji. Comelkan.

 

Ini Bahan-Bahan Yang Anjeli Guna

  • Apa-apa brand pun boleh guna ye.
  • Greek yogurt sedap tapi mahal sikit.
  • Anjeli beli brand SunGlo.
  • Madu tu Anjeli beli yang dari Arab. Pure madu.
  • Fresh milk tu boleh guna yang full cream atau low fat.
  • Choc syrup tu nak lagi best brand Hershey’s.
  • Kismis yang hitam sedap.
  • Chia seeds, pumpkin seeds, almond flakes tu Anjeli beli dekat kedai bakeri.

 

Buah-buahan tu boleh tukar ikut suka. Contoh-Contoh Buah:

  • Buah Delima
  • Buah Strawberry
  • Buah Blueberry
  • Buah Naga
  • Buah anggur hijau
  • Buah anggur hitam
  • Buah kiwi
  • Pisang
  • Epal hijau

Kalau tak suka kismis, boleh ganti dengan kurma, dried cranberries ke atau apa saja buah kering.

Selamat Mencuba

 

Sumber: Suzanah Zakaria

Advertisement
Jom Komen