Resipi Jamu Halia Madu, Petua Kurus Secara Alami

Advertisement
Advertisement

Kome ada masalah uk uk tak lawas? Kome ada masalah angin kush2 hota heyy? Kome ada masalah sebu perut? Kome ada masalah perut buncit? Kome nak kuyus secara alami?

Cikpooja amalkan nie je, Jamu Halia Madu!

Nie cara cikpooja kurus secara alami. Selepas berpantang. Baby dah 2 bulan. Baru cikpooja amalkan minum ni. Lelemak pun tak tepu lagi sebab baru habis pantang. Sebab tu senang nak kikis.

Kalau lelemak kome dah jadi lemak tepu, bertabah la ye. Lambat sikit la dia nak cair.

Apa-apa pun yang kita buat bergantung pada usaha konsistennya seseorang tu ye. Sebab kita ni Allah ciptakan sama tapi berbeza. Mohon hadam.

Selamat menerai. Share la kalau kome suka ye. Cikpooja bukan spesis kedekut taik idung masin.

 

BAHAN-BAHAN

  • 2 inci halia tua (Ukur pakai jari kita takat 2 ruas jari telunjuk)
  • 2 biji limau nipis atau 1 biji lemon
  • 3 cawan air
  • 1/2 cawan madu

 

CARA-CARA

1. Potong membulat cam ni yea. Teliur plak tengok asam limau nih. Tergoda teman.

 

2. Pas tu masukkan dalam periuk. Isi 3 cawan air. Renehkan sampai air yang 3 cawan tadi berbaki 2 cawan.

 

3. Tadi kita letak 3 cawan air kan. Selepas reneh air cuma berbaki 2 cawan. Tunggu dia suam-suam sikit. Lepas tu, masukkan dalam blander dan tambahkan 1/2 cawan MADU dan blander semuanya sampai halus ye.

 

4. Siap dah. Rasa dia sedap tau. Isi dalam botol elok-elok. Simpan dalam peti.

 

CARA GUNA

Minum 3 sudu besar. Dua kali sehari pagi dan malam selepas makan. Kalau kome minum rasa tak serasi dengan badan. Tak payah minum okey. Karang pergi report polis pula kata Cikpooja yang bagi resepi.

Sukatan yang kita buat ni tahan 2, 3 hari je.

 

Sumber: Cik Pooja

Advertisement
Jom Komen