Resepi Biskut Susu Viral Versi Alien Gebu Dan Comel, Masuk Mulut Terus Cair

Cuti hujung minggu ni nanti bolehlah cuba buat biskut alien ni. Hanya guna 4 bahan je. Sedap memang sedap sebab masuk mulut terus cair! Paling penting boleh jadi bahan kudap-kudap di masa lapang.

Jom ikuti resepi biskut susu alien yang dikongsikan oleh MariaKhalisya Khalis ini.

 

INILAH susah kalau dah ajar anak tengok group masak-masak semua nak suruh mama buat, alasan nak rasa. Mama dah nak beranak sabtu ni nak oi. Tak pe layan.

Biskut susu viral. Tapi akak cuba yang 4 bahan. Memang sedap. Cair dekat mulut. Buat bentuk coklat Hershey. Sebab anak-anak suka coklat tu.

Tapi kakak saya kata macam muka alien je. Kelakar. Sebelum bakar semua kurus ramping dah bakar semua kegebuan dan kecomelan. Sampai 2 dari kanan yang depan tu boleh pusing toleh tepi terkejut tengok member-member lain bertukar jadi gebu.

Ini resepi biskut susu 4 bahan.

 

BAHAN-BAHAN

Buttercup 1/2buku

Susu pekat manis 1/2tin

Tepung jagung 400g (sepeket)

Susu tepung 4 sudu makan (saya guna nespray)

 

CARA-CARA

1. Adun semua bahan sampai jadi doh. Kalau keras sangat tambah 2 sudu butter bagi lembut sikit.

 

2. Dah jadi doh bentukkan. Kalau bentuk macam saya, saya tambah coklat cip.

 

3. Bakar 165-170c api bawah, 25 minit kalau bentuk macam saya.

 

HASILNYA

 

Sumber: MariaKhalisya Khalis

Jom Komen