Rakan Artis Beri Sokongan Penuh Kepada Farid

Isu Farid Kamil didakwa menampar anggota polis dan menendang dua orang awam di Balai Polis Kota Damansara, semalam, menggemparkan rakyat Malaysia.

Paling mengejutkan apabila polis mengesahkan pelakon dan pengarah itu turut positif dadah.

Susulan daripada kejadian tersebut, ramai rakan artis mula memberikan pandangan mereka mengenai Farid. Rata-rata mereka menyokong Farid.

 

Fathia Latiff

Antara yang memberikan komen ialah aktres sensasi Fathia Latiff. Dalam posting beliau, Fathia meminta agar masyarakat tidak menyalahkan ganja. Malah, dia juga meminta polis yang mendakwa diserang untuk diuji kandungan air kencingnya. Aik? Dah kenapa ya?

Tweet Fathia tersebut telah mengundang statement pelbagai daripada netizen.

 

Khir Rahman

Tidak ketinggalan, pelakon dan pengarah, Khir Rahman turut meluahkan tanda sokongannya kepada Farid dan menyifatkan pelakon berkenaan dan isterinya adalah orang yang baik.

 

Beto Kusyairy

Walaupun tidak menyatakan nama, namun tweet yang dimuat naik oleh Beto inimemberi gambaran seolah-olah ia ditujukan kepada Farid. Dia mengharapkan agar segalanya dipermudahkan.

Tambah Beto, masyarakat akan membuat spekulasi seperti mengetahui semua benda. Paling teruk apabila memberikan komen yang buruk-buruk kepada ahli keluarga yang terlibat.

 

Sumber: Fathia Latiff , Beto Kusyairy, Khir Rahman