`Raja Bomoh’ Mahu Bertanding Pilihan Raya Umum Ke-14

Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai `Raja Bomoh’ dijangka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) di kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak.

Difahamkan, Ibrahim berkemungkinan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Teluk Intan dan DUN Manjoi.

Melalui edaran media yang dilakukan pembantunya, sidang media pengumuman berhubung perkara itu akan dibuat di sebuah hotel di Ipoh jam 2 petang esok.

Ibrahim juga dijangka akan menghadiri sidang media itu bagi mengumumkan sendiri pencalonannya pada PRU-14 kali ini.

Menurut kenyataan itu juga, semua wartawan yang hadir perlu menunjukkan kad media untuk memasuki sidang media berkenaan bagi memastikan hanya wartawan saja yang berada dalam majlis itu.

Sumber: Harian Metro

Jom Komen