Rahsia Berpantang Dengan Betul Buatkan Ibu Ini Kembali Ramping Dan Cantik Walaupun Sudah Beranak Tiga.

BUKAN senang nak dapatkan bentuk badan yang langsing selepas melahirkan anak. Perut yang dulunya rata, sekarang mungkin dipenuhi bukit-bukau. Tapi itu normal, percayalah yang tubuh badan kita akan kembali pulih jika kita amalkan cara berpantang yang betul. Bagaimanapun, ramai ibu-ibu yang gagal kurus dan cantik selepas berpantang, kerana berpantang tanpa ilmu yang betul serta disiplin yang kuat.

Bagaimana cara nak berpantang dengan betul? Baca 11 disiplin berpantang dari ibu anak tiga, Zaza Zaura di bawah.

 

SAYA amal, saya kongsi. Cara saya jaga badan terutama bila dalam pantang/selepas bersalin walaupun dah nak masuk anak keempat.

Okey jom start:

Tak ada yang luar biasa bila cerita bab jaga badan, nak cantik apa pun perlu disiplin dan kene sabar.

 

1. Amal herba/jamu

Yes, benda yang hari-hari saya share, hari-hari sy post adalah jamu.

Kenapa jamu? Sejak beranak satu lagi saya dah diajar makan jamu oleh mak saya. Lepas je 20 hari dalam pantang saya mula makan jamu.

Sementara tunggu nifas kering, saya ambil makanan sunnah seperti kurma, kismis. Sekarang banyak produk berasaskan sunnah.

Kalau dulu saya start dengan air rebusan akar kayu asli yang tok saya bekalkan. Best minum air akar kayu ni, memula tak perasan, dah seminggu pipi mula nampak pink-pink. Sebab sihat dalaman, darah ‘berjalan’.

Alhamdulillah, anak sulong saya tak kena demam kuning, jadi saya amalkan herba-herba dengan cepat.

Selain minum herba, mandian herba juga tak ketinggalan. Keluar je hospital terus mak saya rebus daun-daun serum untuk saya mandi.

 

2. Berurut

Part ni memang saya paling suka. Boleh dikatakan sebulan sekali saya akan panggil makcik urut.

Jangan tak tahu, berurut bagus bukan setakat buang-buang angin tapi bagus untuk bentukkan balik pinggul, breast kita ke bentuk asal. Betulkan urat-urat yang tersimpul barulah rasa ringan je badan.

 

3. Kurang pengambilan air masak ketika pantang

Yang ni mungkin ramai rasa agak mengarut tapi tak tahulah, saya memang dah diajar dari dalam pantang kurangkan minum air masak tapi gantikan dengan air kayu sepang. Air kayu ni mak saya akan siap-siap letak tepi katil.

“Kalau haus, minum ni…” kata mak saya.

Sampai sekarang walaupon pantang sendiri saya still ingat dan amalkan. Kayu sepang ni boleh beli di kedai ubat cina. Minum air dalam keadaan duduk bukan berdiri.

 

4. Bertungku

Ramai yang malas bab ni kan? Tapi saya tak! Saya ada tiga jenis tungku dan paling saya suka tungku jenis besi bulat saiz kecil.

Saya akan tungku 2-3 kali sehari biasanya waktu subuh selepas mandi supaya badan hangat semula dan malam sekali sebelum makan.

Tungku bukan setakat kat perut, pinggul, betis, celah kangkang. Banyak kebaikan bertungku salah satu boleh pecahkan angin.

Bersalin yang kedua saya kene rengat teruk, jadi dengan bertungku dapat legakan rengat.

 

5. Berbengkung

Yang ni pun part paling saya disiplin, saya pakai bengkung 44 hari buka hanya masa mandi atau buang air. Yang ni la kunci paling utama untuk perut kekal tak buncit.

Saya akan pakai bengkung selepas bertungku dan sebelum makan. Kenapa? Bila makan dalam berbengkung, saya akan makan sikit.

Bukan diet tapi dalam pantang makan sikit-sikit tapi kerap, itu pesan orang lama-lama dan saya ambil pakai.

Alhamdulillah, memang berhasil. Saya bersalin normal, sapu kapur dan limau nipis, seksa. Tapi sekarang dah guna krim-krim barut tambah losen panas, senang.

Saya bengkung ikat dari peha sampai atas. Untuk saya kecilkan balik peha-peha, sebab tu saya bengkung dari peha.

Masa ni la jalan terkepit-kepit.

 

6. Jaga makan

Adakala terbabas juga lagi-lagi duk tengok menu pantang sekarang rasa macam pelik-pelik. Suka saya kongsi yang saya memang tak makan lauk bergoreng dalam pantang sebab minyak.

Minyak ni la yang buatkan kita lambat nak slim. Apa-apa punca pun saya percaya dari permakanan dan perut. Jadi saya elakkan makan makanan yang sejuk, santan, berminyak dan bergoreng.

Saya tak diet tapi saya amalkan makan cukup masa, nasi separuh tapi kerap. Faham kan?

Ayam daging saya lambatkan makan biasanya masuk hari ke 20 dalam pantang baru makan. Awal-awal makan ikan selar je la.

Ikan kering tak sentuh, kadang-kadang makan ikan bilis pun tak boleh sebab boleh buatkan ‘tut’ gatal and berbau.

 

7. Berstokin

Angin mudah masuk melalui kaki, jadi pakai stokin sangat perlu walaupun bukan dalam pantang.

Part ibu jari kaki la paling takut, takut tersepak dan tumpah darah, pesan orang tua-tua. Jadi, jangan malas pakai stokin.

 

8. Aircond

Saya cuba elakkan aircond cuma bila bersalin dalam bilik hospital yang ada aircond, memang tak dapat nak dielakkan.

Tapi berpantang memang tak duduk dalam aircond. Saya tak boleh sejuk dan tak tahan sejuk.

 

9. Pantang bersama suami

100 hari sebolehnya tapi 60 hari pun paling awal. Elakkan, walaupun dalam pantang cuba la jangan cuba-cuba untuk berasa berahi kerana urat boleh kembang.

 

10. Elak angkat bende berat/senaman berat

Awal-awal saya memang tak berani angkat barang berat-berat. Kadang-kadang nak dukung anak dua tahun pun tak berani. Takut peranakan turun, apatah lagi senaman berat. Silap hari bulan boleh buasir atau tombong.

Basuh baju/basuh pinggan paling saya pantang sebab terkena air, saya cuba elakkan dari banyak kene air.

Nak berpeluh cara melayu, paling saya suka bersalai, bertangas..yaa ampun best sangat. Peluh keluar macam mandi.

 

11. Elak keluar rumah

Yang terakhir, saya sememangnya akan pantang keluar umah selagi boleh. Lagi seksa bila berpantang dengan toki saya. Nak keluar duk depan umah pun die tak kasi.

Tak ada nak melawa-lawa, tak ada nak pakai make up. Pantang masa raya pun, just kain batik je.

Masa ni, saya ‘busuk-busuk aje’. Tapi bila abis je dah ‘pelepas’ pantang, terus start melawa. Masa tu la bagai dihidupkan semula.

Lepas bersalin urat kita kembang, bukan kembang kita gemok. Sebab tu tak guna masa ni kita make up, kita kene sihatkan dulu dalaman.

Percaya la, tak rugi dan tak menyesal cuma perlu bersabar.

Suami tolong ambil bahagian bila isteri dalam pantang, awak juga nak isteri awak cantik kan?

Apapun saya berharap perkongsian saya memberi manfaat kepada semua.

 

 

Sumber: Zaza Zaura

Jom Komen