Rahsia Anak Bertambah Tapi Berat Badan Maintain 45KG. Wanita Ini Kongsi Cara Buat Jamu Pecah Lemak Degil Yang Diamalkan

Setiap wanita yang bergelar ibu atau mak mak sudah pasti tidak lari dari masalah badan mengembang. Masalah utama adalah bahagian perut dan agak sukar untuk kempiskan bahagian tersebut.

Dah diet pun kadang-kadang lemak tetap menonjol. Faham masalah mak-mak ini, Nurul Arija ini berkongsi petua yang diamalkan untuk pecahkan lemak bahagian perut dan kekalkan kelangsingannya.

Maintain 45kg uols! Amalan Nurul Arija cuma air jamu atau rebusan ini saja. Bagi yang nak mencuba, boleh ikut perkongsiannya.

Cara Nurul pecah lemak pada perut dan maintain 45kg

Selain jamu Nurul amalkan air rebusan ni sangat elok untuk yang nak cairkan lemak tepu .

Bila anak makin bertambah ni Nurul lebih memilih untuk menjaga kesihatan dan dalaman bila badan dah terlampau banyak lemak energy pun sendu .

Ni Nurul nak share air rebusan untuk detoks cairkan lemak dengan senang. Sangat ajaib bagi yang nak menurunkan berat badan. Rasa dia sedap, tak pahit ada hawa hawa masam suwit .

Laff
Nurul Arija , Pinggang secekak

Bahan-bahan air rebusan:

1) Serai

2) Kulit kayu manis Ceylon

3) Halia

4) Bunga cengkih

5) Lemon

6)Madu

Cara membuat

1. Masukkan air setengah periuk bersama semua bahan kecuali lemon dan madu.

2. Biar hingga mendidih.

3. Tuang dalam cawan, perah lemon dan masukkan sedikit madu.

4. Minum bila suam pada awal pagi.

5. Lebihan air boleh di simpan dalam peti. Panaskan boleh mahu minum keesokkan hari.

Sumber: Fb Nurul Arija

Jom Komen