Power Beb. Wanita Ini Hilang 32Kg Tanpa Bedah Dan Pil, Cuma Amal 12 Tips Ini Sahaja.

Advertisement
Advertisement

Wanita mahupun lelaki bila ditegur tentang berat badan, mulalah gelabah nak diet.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk menurunkan berat badan jika tidak mempunyai disiplin yang kuat.

Lebih-lebih lagi dengan godaan makanan yang terhidang di depan mata cukup untuk menggugat hati mereka yang sedang berdiet.

Tidak dinafikan, ada banyak cara dan teknik untuk kuruskan badan tanpa menjalani pembedahan buang lemak ataupun mengambil pil yang boleh menjejaskan kesihatan.

Salah satu caranya adalah dengan berbekalkan ilmu diet yang betul berserta disiplin yang kuat.

Inilah yang diamalkan Fadhlina Halipah sehingga berjaya menurunkan berat badannya sehingga 32kg.

Cara dietnya cukup mudah, segala-galanya bermula dengan ilmu diet yang betul. Dia begitu menjaga pemakanannya dan paling penting disiplin untuk mendapatkan apa yang diimpikan.

Kredit Foto: FB Fadhlina Halipah

12 Tip Yang Menjayakan Program Diet Anda

1. Wajib ada matlamat dan sasaran. Contohnya jika hendak menurunkan 30kg, jangan terus target 30kg, sebaliknya cuba turunkan tiga hingga empat kilogram sebulan. Lakukan setiap bulan dengan konsisten dan disiplin.

2. Perlu ada plan hidangan yang lengkap dengan keperluan makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan badan. Turun berat tanpa perlu berlapar.

Kredit Foto: FB Fadhlina Halipah

3. Seronok dengan rancangan hidangan, diet perlu warna-warni tak perlulah sampai hari-hari pun menu sama.

4. Nasi segenggam je. Lauk, sila pilih sama ada ikan atau ayam yang dikukus, direbus atau dipanggang. Pemilihan lauk sangat penting.

Kredit Foto: FB Fadhlina Halipah

5. Elak minum air manis, lebihkan air kosong serta buah.

6. Makan sedikit tapi kerap, seeloknya enam kali sehari dengan selangan tiga ke empat jam.

7. Jangan tertipu dengan pembungkusan atau iklan makanan. Baca nutrisi pada label terlebih dulu.

Kredit Foto: FB Fadhlina Halipah

8. Fokus kepada 80 peratus pemakanan, 20 peratus senaman dan 100 peratus minda. Kita gemuk dengan makan, jadi hendak turun berat, seharusnya betulkan cara pemakanan.

9. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Setiap orang berbeza dan unik.

10. Carilah kawan atau komuniti yang ada misi yang sama, baru rasa bersemangat.

11. Tidur awal dan dapatkan tidur yang berkualiti.

12. Kawal emosi. Tekanan juga memberi kesan kepada badan. Nak turun berat perlu makan dengan betul, bukan makan sikit.

Kredit Foto: FB Fadhlina Halipah

 

Sumber: FB Fadhlina Halipah, Hijabista.

Advertisement
Jom Komen