Petua Penjagaan Dalaman, Mewangikan Dan Memantapkan Kewanitaan – Minum Sebulan Sekali Je Dah Cukup

Advertisement
Advertisement

Ekonomi sekarang memaksa ramai wanita untuk bekerja. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja, maka soal pemakanan sihat tidak lagi menjadi keutamaan. Makan apa saja asal kenyang.

Pemakanan yang tidak dijaga ini telah menyebabkan ramai wanita mengalami masalah kewanitaan seperti dalaman berbau, kurang menyenangkan dan sebagainya.

Wanita diciptakan cukup istimewa. Maka dah tentu penjagaannya juga perlu dilakukan secara teliti. Tak boleh buat sambil lewa. Kalau tidak, tak berserilah nanti.

Bagi Mereka mahukan dalaman yang mantap, harum, dan sihat wajib cuba resepi ini.

 

BAHAN-BAHAN

  • 3 batang serai diketuk
  • 3cm halia tua/muda diketuk
  • 2cm kunyit diketuk
  • Sedikit kulit kayu manis atau bunga cengkih atau bunga lawang
  • Sehelai daun pandan
  • Sedikit gula batu, boleh digantikan dengan madu jika suka.

 

CARA-CARA

1. Rebus kesemua bahan dengan 3 gelas air sehingga jadi 1 gelas.

 

2. Gunakan api yang perlahan.

 

3. Tunggu suam dan sedia untuk diminum.

 

4. Bagi wanita yang mahu merapatkan bahagian intim boleh tambahkan satu biji manjakani (tidak sesuai untuk yang belum berkahwin). Bagi yang menghadapi masalah keputihan tambahkan dua helai daun sirih.

 

NOTA TAMBAHAN

  • Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haid. Cukup sekali sebulan sahaja.
  • Kebaikan rebusan ini adalah untuk mewangikan kewanitaan dan menyegarkan badan.
  • Ini juga merupakan amalan untuk penjagaan kesihatan bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf.
  • Ibu menyusu boleh minum. Tidak memudaratkan.

 

Jom amalkan ya. Semoga dalaman makin mantap, bertenaga dan suami pun bertambah sayang.

 

Sumber: Ida Zmri

Advertisement
Jom Komen