Petua Menegangkan Payudara Dan Buang Angin Dalam Badan

Advertisement
Advertisement

Payudara merupakan aset wanita yang sangat penting. Namun, apabila usia semakin meningkat atau telah berkali-kali melalui proses kelahiran dan menyusukan anak, pasti akan berlaku perubahan pada aset wanita tersebut.

Jika tidak diberi perhatian, aset tersebut berkemungkinan akan menjadi kendur dan tidak tegang. Jadi, jangan ambil mudah soal penjagaan payudara. Bagi yang tercari-cari petua untuk menegangkan payudara, anda boleh cuba petua dari Siti Nurzakiah Aziz. Bukan saja boleh menegangkan payudara malah boleh buang angin dalam badan.

SAYA nak share petua untuk menegangkan payudara dan buang angin dalam badan. Sangat bagus dan mudah.

 

BAHAN-BAHAN

  1. Susu segar
  2. Halia

 

CARA-CARA

  1. Potong halia dalam sebesar ibu jari.
  2. Bakar halia dengan api atau dalam oven. Bakar hingga separuh hangus.
  3. Kemudian tumbuk hingga hancur.
  4. Panaskan susu hingga mendidih dan masukkan halia yang telah dihancurkan tadi.
  5. Seelok-eloknya minum susu ketika masih suam. Kesannya akan serta merta. Minum sekali sehari. Terpulang pagi atau petang.

 

Sumber: Siti Nurzakiah Aziz

Advertisement
Jom Komen