Petai Bersifat Anti Diabetis Dan Anti Kolestrol, Tapi…

Dr Suri Roowi, merupakan Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan, Pusat Penyelidikan Sains Teknologi Pemakanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan makan kesihatan telah berkongsi mengenai kebaikan yang terkandung di dalam petai.

Petai atau nama saintifiknya, Parkia Speciosa, adalah tumbuhan jenis saka yang dahulunya tumbuh meliar di dalam hutan, kini ia turut ditanam secara komersial.

Petai merupakan makanan bersifat anti diabetis (anti kencing manis) kerana terdapat bahan faitosterol di dalamnya. Kulit petai dipercayai mempunyai kandungan faitosterol yang lebih tinggi berbanding bijinya.

Kredit Foto: istockphoto

Bau petai sememangnya busuk. Bagaimanpun bau tersebut dapat dikurangkan dengan meminum susu selepas menikmati hidangan yang berasaskan petai.

Menurut sumber, protein di dalam susu akan mengikat polisulfide (bahan berbau) yang ada pada petai dan dibawa keluar bersama najis.

Selain itu, petai turut mempunyai asid djenkolic seperti jering dan tidak digalakkan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak.

Asid djenkolic bersifat toksik kepada buah pinggang manusia dan boleh menyebabkan masalah kegagalan buah pinggang.

Salah satu cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan asid djenkolic adalah dengan merebus petai terlebih dahulu sebelum dimakan.

 

Sumber: Iluminasi