Perlu Ke Ganti Solat Yang Dah Bertahun-Tahun Ditinggalkan, Korang Jangan Terkejut Dengar Jawapan UAI Ini

Advertisement
Advertisement

PERTANYAAN: Saya ada beberapa pertanyaan tentang mengqadha’ solat, mohon perkenan ustaz untuk menjawabnya:

Bagaimana hukum mengganti atau mengqadha’ solat menurut para fuqaha’? Bagaimana tata cara mengqadha’ atau mengganti solat yang ditinggalkan baik yang disengaja maupun tidak disengaja? Mohon penjelasannya secara rinci.

Selama ini jika saya meninggalkan solat baik secara sengaja atau pun tidak, saya tidak pernah menggantinya, apakah saya harus mengganti solat-solat tersebut yang sudah lama ditinggalkan itu?

Mohon pencerahannya ustaz, kerana hal ini belum saya temukan jawapannya secara memuaskan. Semoga Allah membalas segala kebaikan ustaz. Amin.

 

JAWAPAN: Mengqadha’ solat ertinya mengganti solat yang terlewat dari waktunya. Hukumnya wajib dikerjakan, sebab solat yang terlewat waktunya tidak gugur kewajibannya.

Dalil Solat Qadha Ada beberapa hadits yang menjadi dasar wajibnya solat Qadha, antara lain Hadits Shahih Bukhari.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ النَّبِيِّ قَالَ مَنْ نَسِيَ صَلاةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا لا كَفَّارَةَ لَهَا إِلاَّ ذَلِكَ وَأَقِمْ الصَّلاةَ لِذِكْرِي

“Dari Anas bin Malik dari Nabi SAW bersabda,”Siapa yang terlupa solat, maka lakukan solat ketika ia ingat dan tidak ada tebusan kecuali melaksanakan shalat tersebut dan dirikanlah solat untuk mengingat-Ku.” (HR. Bukhari)

 

Nabi SAW Mengqadha’ 4 Waktu Solat Dalam Perang Khandaq

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika meninggalkan 4 waktu solat, yaitu zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak ketika berkecamuk perang Khandaq di tahun kelima hijrah.

عَنْ نَاِفع عَنْ أَبِي عُبَيْدَة بنِ عَبْدِ الله قَالَ : قاَلَ عَبْدُ الله : إِنَّ الْمُشْرِكِينَ شَغَلُوا رَسُولَ اللَّهِ عَنْ أَرْبَعِ صَلَوَاتٍ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَتَّى ذَهَبَ مِنَ اللَّيْلِ مَا شَاءَ اللَّهُ فَأَمَرَ بِلاَلاً فَأَذَّنَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الظُّهْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعَصْرَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْمَغْرِبَ ثُمَّ أَقَامَ فَصَلَّى الْعِشَاءَ

Dari Nafi’ dari Abi Ubaidah bin Abdillah, telah berkata Abdullah, ”Sesungguhnya orang-orang musyrik telah menyibukkan Rasulullah SAW sehingga tidak boleh mengerjakan empat solat ketika perang Khandaq hingga malam hari telah sangat gelap. Kemudian beliau SAW memerintahkan Bilal untuk melantunkan azan diteruskan iqamah.

Maka Rasulullah SAW mengerjakan solat zuhur. Kemudian iqamah lagi dan beliau mengerjakan solat Asar. Kemudian iqamah lagi dan beliau mengerjakan solat Maghrib. Dan kemudian iqamah lagi dan beliau mengerjakan solat Isyak.” (HR. At-Tirmizy dan AnNasa’i)

 

Nabi SAW mengqadha solat Subuh pulang dari Perang Khaibar

Selain itu juga apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika tertidur dan habis waktu Subuh saat terjaga saat pulang dari perang Khaibar di tahun ketujuh hijrah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ : سِرْنَا مَعَ النَّبِيِّ لَيْلَةً فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ لَوْ عَرَّسْتَ بِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ أَخَافُ أَنْ تَنَامُوا عَنْ الصَّلاةِ . قَالَ بِلالٌ أَنَا أُوقِظُكُمْ فَاضْطَجَعُوا وَأَسْنَدَ بِلالٌ ظَهْرَهُ إِلَى رَاحِلَتِهِ فَغَلَبَتْهُ عَيْنَاهُ فَنَامَ فَاسْتَيْقَظَ النَّبِيُّ وَقَدْ طَلَعَ حَاجِبُ الشَّمْسِ فَقَالَ يَا بِلالُ أَيْنَ مَا قُلْتَ قَالَ مَا أُلْقِيَتْ عَلَيَّ نَوْمَةٌ مِثْلُهَا قَطُّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ قَبَضَ أَرْوَاحَكُمْ حِينَ شَاءَ وَرَدَّهَا عَلَيْكُمْ حِينَ شَاءَ يَا بِلالُ قُمْ فَأَذِّنْ بِالنَّاسِ بِالصَّلاةِ فَتَوَضَّأَ فَلَمَّا ارْتَفَعَتْ الشَّمْسُ وَابْيَاضَّتْ قَامَ فَصَلَّى

Dari Abdullah bin Abi Qatadah dari ayahnya berkata,”Kami pernah berjalan bersama Nabi SAW pada suatu malam. Sebahagian kaum lalu berkata, “Wahai Rasulullah, sekiranya anda mau istirahat sebentar bersama kami?” Beliau menjawab: “Aku kuatir kalian tertidur sehingga terlewatkan solat.”

Bilal berkata, “Aku akan membangunkan kalian.” Maka mereka pun berbaring, sedangkan Bilal bersandar pada haiwan tunggangannya. Namun ternyata rasa ngantuk mengalahkannya dan akhirnya Bilal pun tertidur. Ketika Nabi SAW terbangun ternyata matahari sudah terbit, maka beliau pun bersabda:

“Wahai Bilal, mana bukti yang kau ucapkan!” Bilal menjawab: “Aku belum pernah sekalipun merasa mengantuk seperti ini sebelumnya.” Baginda lalu bersabda: “Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla memegang ruh-ruh kalian sesuai kehendak-Nya dan mengembalikannya kepada kalian sekehendak-Nya pula.

Wahai Bilal, berdiri dan azanlah (umumkan) kepada orang-orang untuk solat!” kemudian beliau SAW berwudhu, ketika matahari meninggi dan tampak sinar putihnya, baginda pun berdiri melaksanakan solat.” (HR. Al-Bukhari)

 

Ijma’ Ulama Atas Wajibnya Qadha Solat

Seluruh ulama dari semua mazhab fiqih yang ada, baik yang muktamad atau yang tidak, tanpa terkecuali telah berijma’ atas wajibnya qadha’ solat. Para ulama empat mazhab tanpa terkecuali satu pun telah bersepakat bahwa hukum mengqadha’ solat wajib yang terlewat wajib.

Tidak ada satu pun ulama yang punya pendapat yang berbeza. Sebab dasar-dasar kewajibannya sangat jelas dan nyata, tidak ada satu pun orang Islam yang boleh menolak kewajiban qadha’ solat.

Mazhab Al-HanafiyahAl-Marghinani (w. 593 H) Salah satu ulama mazhab Al-Hanafiyah menulis di dalam kitabnya Al-Hidayah fi Syarhi Bidayati Al-Mubtadi seperti berikut:

ومن فاتته صلاة قضاها إذا ذكرها وقدمها على فرض الوقت

Orang yang terlewat dari mengerjakan solat, maka dia wajib mengqadha’nya begitu dia ingat. Dan harus didahulukan pengerjaanya dari solat fardhu pada waktunya. Ibnu Najim (w. 970 H) salah satu ulama mazhab Al-Hanafiyah menuliskan dalam kitabnya Al-Bahru Ar-Raiq Syarah Kanzu Ad-Daqaiq seperti berikut:

أن كل صلاة فاتت عن الوقت بعد ثبوت وجوبها فيه فإنه يلزم قضاؤها سواء تركها عمدا أو سهوا أو بسبب نوم وسواء كانت الفوائت كثيرة أو قليلة

Bahwa tiap solat yang terlewat dari waktunya setelah pasti kewajibannya, maka wajib untuk diqadha’, baik meninggalkannya dengan sengaja, terlupa atau tertidur. Baik jumlah solat yang ditinggalkan itu banyak atau sedikit.

Mazhab Al-Malikiyah Ibnu Abdil Barr (w. 463 H) salah satu di antara ulama mazhab Al-Malikiyah menuliskan di dalam kitabnya, Al-Kafi fi Fiqhi Ahlil Madinah seperti berikut:

ومن نسي صلاة مكتوبة أو نام عنها فليصلها إذا ذكرها فذلك وقتها

Orang yang lupa mengerjakan solat wajib atau tertidur, maka wajib atasnya untuk mengerjakan solat begitu dia ingat, dan itulah waktunya bagi dia.

Al-Qarafi (w. 684 H) salah satu tokoh ulama besar dalam mazhab Al-Malikiyah menuliskan di dalamnya kitabnya Adz-Dzakhirah sebagai berikut:

الْفَصْلُ الْأَوَّلُ فِي الْقَضَاءِ وَهُوَ وَاجِبٌ فِي كُلِّ مَفْرُوضَةٍ لَمْ تفعل

Pasal pertama tentang qadha. Mengqadha’ hukumnya wajib atas solat yang belum dikerjakan.

Ibnu Juzai Al-Kalbi (w. 741) salah satu ulama mazhab Al-Malikiyah menuliskan di dalam kitabnya, Al-Qawanin Al-Fiqhiyah seperti berikut:

الْقَضَاء إِيقَاع الصَّلَاة بعد وَقتهَا وَهُوَ وَاجِب على النَّائِم وَالنَّاسِي إِجْمَاعًا وعَلى الْمُعْتَمد

Qadha’ adalah mengerjakan solat setelah lewat waktunya dan hukumnya wajib, baik bagi orang yang tertidur, terlupa atau sengaja.

Mazhab As-Syafi’iyahAsy-Syairazi (w. 476 H) salah satu ulama rujukan dalam mazhab Asy-Syafi’iyah menuliskan di dalam kitabnya Al-Muhadzdzab sebagai berikut:

ومن وجبت عليه الصلاة فلم يصل حتى فات الوقت لزمه قضاؤها

Orang yang wajib mengerjakan solat namun belum mengerjakannya hingga terlewat waktunya, maka wajiblah atasnya untuk mengqadha’nya.

An-Nawawi (w. 676 H) salah satu muhaqqiq terbesar dalam mazhab Asy-Syafi’iyah menuliskan di dalam kitabnya Al-Majmu’ Syarah Al-Muhadzdzab sebagai berikut:

من لزمه صلاة ففاتته لزمه قضاؤها سواء فاتت بعذر أو بغيره فإن كان فواتها بعذر كان قضاؤها على التراخي ويستحب أن يقضيها على الفور

Orang yang wajib atasnya shalat namun melewatkannya, maka wajib atasnya untuk mengqadha’nya, baik terlewat kerana uzur atau tanpa uzur. Bila terlewatnya kerana uzur boleh mengqadha’nya dengan ditunda namun bila dipercepat hukumnya mustahab.

Mazhab Al-HanabilahIbnu Qudamah (w. 620 H) salah satu ulama rujukan di dalam mazhab Al-Hanabilah menuliskan di dalam kitabnya Al-Mughni seperti berikut:

إذا كثرت الفوائت عليه يتشاغل بالقضاء ما لم يلحقه مشقة في بدنه أو ماله

Bila solat yang ditinggalkan terlalu banyak maka wajib menyibukkan diri untuk menqadha’nya, selama tidak menjadi masyaqqah pada tubuh atau hartanya.

Al-Mardawi (w. 885 H) salah satu ulama mazhab Al-Hanabilah menuliskan di dalam kitabnya Al-Inshaf sebagai berikut:

وَمَنْ فَاتَتْهُ صَلَوَاتٌ لَزِمَهُ قَضَاؤُهَا عَلَى الْفَوْرِ

Orang yang terlewat dari mengerjakan solat maka wajib atasnya untuk mengqadha’ saat itu juga.

Ibnu Taimiyah (w. 728 H) salah satu tokoh besar dalam mazhab Al-Hanabilah menegaskan bahwa mengqadha’ solat itu wajib hukumnya, meskipun jumlahnya banyak.

فإن كثرت عليه الفوائت وجب عليه أن يقضيها بحيث لا يشق عليه في نفسه أو أهله أو ماله

Bila solat yang terlewat itu banyak jumlahnya maka wajib atasnya untuk mengqadha’nya, selaam tidak memberatkannya baik bagi dirinya, keluarganya atau hartanya. Ibnul Qayyim Al-Jauziyah (w. 751 ) menuliskan di dalam kitabnya Ash-Shalatu wa Ahkamu Tarikuha seperti berikut:

وأما الصلوات الخمس فقد ثبت بالنص والإجماع أن المعذور بالنوم والنسيان وغلبة العقل يصليها إذا زال عذره

Adapun solat lima waktu yang telah ditetapkan dengan nash dan ijma’m bahawa orang yang punya uzur baik tidur, lupa atau ghalabatul ‘aqli wajib mengerjakannya begitu uzurnya sudah hilang.

 

Mengganti Solat Yang Sengaja Ditinggalkan

Seluruh ulama sepakat bahawa apapun latar belakang yang mendasari seseorang meninggalkan solat fardhu, baik kerana sengaja atau kerana ada uzur yang syar’i, tetapi kewajiban untuk menggantinya tetap berlaku.

Oleh kerana itu tidak ada bezanya dalam urusan tata cara menggqadha’nya. Namun ada sedikit catatan yang perlu diketahui, yaitu:

 

Mazhab Asy-Syafi’i Membolehkan Menunda Qadha’ Bila Kerana Uzur

Umumnya para ulama sepakat bahwa menggaqadha’ solat itu wajib segera dikerjakan, begitu seseorang telah terlepas dari uzur yang menghambatnya.

Misalnya, ketika terlewat gara-gara tertidur atau terlupa, maka wajib segera mengerjakan solat begitu bangun dari tidur atau teringat. Dan hal ini juga berlaku buat orang yang secara sengaja meninggalkan solat fardhu tanpa uzur.

Namun khusus dalam pandangan mazhab Asy-syafi’iyah, bila seseorang punya uzur yang amat syar’i ketika meninggalkan solat, dibolehkan untuk menunda qadha’nya dan tidak harus segera dilaksanakan saat itu juga.

Dalam hal ini kewajiban qadha’ solat itu bersifat tarakhi (تراخي). Tetapi bila sebab terlewatnya tidak diterima secara syar’i, seperti kerana lalai, malas, dan menunda-nunda waktu, maka diutamakan solat qadha’ untuk segera dilaksanakan secepatnya.

Bolehnya menunda solat qadha’ yang terlewat dalam mazhab ini berdasarkan hadits sahih yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari berikut ini:

لاَ ضَيْرَ – أَوْ لاَ يَضِيرُ – ارْتَحِلُوا فَارْتَحَل فَسَارَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ نَزَل فَدَعَا بِالْوَضُوءِ فَتَوَضَّأَ وَنُودِيَ بِالصَّلاَةِ فَصَلَّى بِالنَّاسِ

Rasulullah beliau menjawab,”Tidak mengapa”, atau ”tidak menjadi soal”. “Lanjutkan perjalanan kalian”. Maka beliau SAW pun berjalan hingga tidak terlalu jauh, beliau turun dan meminta wadah air dan berwudhu. Kemudian diserukan (azan) untuk solat dan beliau SAW mengimami orang-orang. (HR. Bukhari).

Ibnu Hazm Menyendiri Tentang Tidak Ada Qadha’ Kalau Sengaja Meninggalkan ShalatIbnu Hazm (w. 456 H) menuliskan di dalam kitabnya, Al-Muhalla bi Atsar, bahawa orang yang meninggalkan solat dengan sengaja, tidak perlu mengganti solat yang ditinggalkannya secara sengaja.

وأما من تعمد ترك الصلاة حتى خرج وقتها فهذا لا يقدر على قضائها أبدا فليكثر من فعل الخير وصلاة التطوع ليثقل ميزانه يوم القيامة وليتب وليستغفر الله عز وجل

Orang yang sengaja meninggalkan solat hingga keluar dari waktunya, maka tidak dihitung qadha’nya selamanya. Maka dia memperbanyak amal kebaikan dan solat sunnah untuk meringankan timbangan amal buruknya di hari kiamat, lalu dia bertaubat dan meminta ampun kepada Allah SWT.

 

Terlalu Banyak Meninggalkan Solat, Apakah Tetap Wajib Diganti

Tidak ada satu pun ulama yang mengatakan bahawa bila solat yang terlewat itu terlalu banyak jumlahnya, lantas kewajiban qadha’nya menjadi gugur.

Bahkan Ibnu Hazm yang selama ini berbeza dengan semua ulama yang ada, juga tidak memandang gugurnya kewajiban qadha apabila alasannya hanya kerana jumlahnya terlalu banyak. Buat beliau, bila sengaja meninggalkan solat, gugurlah kewajiban qadha’.

Oleh kerana itulah maka umumnya para ulama sepakat bahawa banyak atau sedikit solat yang ditinggalkan, tetap wajib untuk dikerjakan. Bahkan Ibnu Qudamah dari mazhab Al-Hanabilah menyebutkan tentang kewajiban menyibukkan diri dalam rangka mengqadha’ solat yang terlalu banyak ditinggalkan.

إذا كثرت الفوائت عليه يتشاغل بالقضاء ما لم يلحقه مشقة في بدنه أو ماله

Bila solat yang ditinggalkan terlalu banyak maka wajib menyibukkan diri untuk menqadha’nya, selama tidak menjadi masyaqqah pada tubuh atau hartanya.

Bahkan Ibnu Taimiyah sekalipun juga tetap mewajibkan qadha’ solat meski sudah terlalu banyak. Dalam fatwanya beliau tegas menyebutkan hal itu:

فإن كثرت عليه الفوائت وجب عليه أن يقضيها بحيث لا يشق عليه في نفسه أو أهله أو ماله

Bila solat yang terlewat itu banyak jumlahnya maka wajib atasnya untuk mengqadha’nya, selama tidak memberatkannya baik bagi dirinya, keluarganya atau hartanya. Apa yang disebutkan oleh Ibnu Qudamah dan Ibnu Taimiyah itu juga didukung oleh semua ulama lainnya. Bahawa meskipun hutang solat itu banyak, bukan bererti kewajiban untuk mengqadha’nya menjadi gugur.

Sebab logiknya, kalau untuk satu solat yang ditinggalkan itu wajib diganti, bagaimana mungkin ketika jumlah hutangnya lebih banyak malah tidak perlu diganti?

Kalau hutang duit seratus ribu wajib diganti, apakah hutang seratus juta tidak perlu diganti?

Kalau begitu lebih baik kita berhutang dengan banyak, agar gugur kewajiban membayar hutangnya.

Wallahu a’lam.

 

Lihat Video:

 

Sumber: apakestv.com

Advertisement
Jom Komen