Perempuan Minta Belanja Kahwin 10 Ribu, Zaman Nabi Ada Macam Ni ke.

Advertisement
Advertisement

MAJLIS perkahwinan adalah antara majlis yang ramai di antara kita akan ambil serius, lebih-lebih lagi dari segi perbelanjaan kewangan, yang mana ia adalah demi kelancaran majlis dan juga untuk meraikan tetamu, dan pengantin.

Namun begitu, jika ikutkan perkiraan pada masa kini, perbelanjaan majlis perkahwinan, sering kali menghampiri RM10 ribu, yang mana jika dilihat adalah satu jumlah yang besar.

Bagi pihak lelaki , pasti pening dan penat mengumpul duit untuk kahwin ni. Jadi, jom dengarkan apa jawapan Ustaz Azhar Idrus.

 

Perempuan Minta Belanja Kahwin 10 Ribu – Ustaz Azhar Idrus

Lihat Video:

 

Selain tu korang juga boleh amalkan panduan yang dicadangkan oleh saudara Amir Syahir untuk kawal perbelanjaan perkahwinan.

Jom Baca Panduan Buat Bajet Kahwin Yang Sederhana

  1. Bila nak kahwin jangan buat pembiayaan peribadi. Buat majlis ikut bajet sendiri.
  2. Pelamin dan meja makan tak perlu bunga beribu kuntum. Bunga pula tak perlu yang hidup saja. Nanti layu juga akhirnya. Lagi elok jika mampu buat sendiri. Minta tolong dengan saudara mara dan sahabat handai.
  3. Hantaran boleh gubah sendiri. Tak perlu hantar kedai atau butik yang menelan belanja beribu ringgit.
  4. Baju kahwin cukuplah dua pasang. Sepasang untuk akad nikah dan sepasang lagi buat bersanding.
  5. Kad kahwin tak perlu yang hipster bagai. Kononnya nak nampak lain dari yang lain. Lepas kenduri orang buang jugak.
  6. Kek kahwin tak perlu bertingkat-tingkat. Yang setingkat pun dah cukup menjadikan majlis meriah dan sanak saudara bahagia.
  7. Kalau akad nikah dah bersanding hari yang sama, cukuplah make up sekali sahaja. Tak perlu membazir bagai.
  8. Goodies cukuplah setakat kemampuan sahaja. Tak perlu tempah yang mahal sebab nak nampak hebat dan mewah.
  9. Tak perlu tempah set karaoke, DJ, live band bagai. Pasang lagu nasyid Raihan, Maher Zain, Opick pun sedap juga.
  10. Berbulan madu di tempat yang mampu sahaja. Tak perlu tiru kawan berbulan madu sampai ke Maldives sana.

 

Buatlah majlis kahwin mengikut kemampuan kau. Tak perlu ikut orang, tak perlu tiru artis kesayangan kau tu. Tak dosa buat majlis biasa-biasa. Yang penting, perkara yang wajib diselesaikan terlebih dahulu.

Kehidupan lepas kahwin itu lebih penting. Kalau buat majlis macam anak raja, lepas kahwin menumpang rumah mertua. Duit deposit pun belum ada. Entah tahun bila dapat beli rumah.

Baik buat majlis biasa-biasa tapi meriah. Tanpa perlu buat pembiayaan peribadi. Barulah dapat memulakan hidup berkeluarga tanpa beban hutang. Kah!

 

Sumber: Amir Syahir

Advertisement
Jom Komen