Perbezaan Antara Cinta Matang Dan Tidak Matang

Bercinta itu memang menyeronokkan, segalanya nampak indah belaka. Seperti kata orang, jika sudah cinta, kentut pasangan pun berbau wangi. Tetapi sejauh mana seriusnya anda dalam percintaan? Adakah hanya untuk suka-suka menabur janji, ataupun anda benar-benar berniat untuk mengajak pasangan anda membina ikatan keluarga yang sah?

Cinta itu bukan hanya dibuktikan melalui kata-kata atau janji-janji manis semata-mata, tetapi melalui perbuatan. Adakah anda benar-benar berani untuk berhadapan dengan dunia sebenar percintaan? Percintaan sebenar itu adalah perkahwinan, di mana ketika itu anda dan pasangan bersama-sama menempuh kehidupan yang penuh dengan cabaran dan pengorbanan.

Cinta itu ada dua jenis, cinta matang atau cinta tidak matang. Apakah itu cinta matang? Apabila anda mengenali seseorang, anda tidak mahu membuang masa dengan bercinta terlalu lama, malah anda memilih untuk berjumpa dengan keluarganya dan mahu mengakhiri perhubungan tersebut kepada hubunga yang halal.

Cinta tidak matang pula apabila anda bercinta hanya untuk suka-suka, hanya mahu berseronok bermain dengan kata-kata manis dan menabur janji, sedangkan anda langsung tidak berniat untuk mengajaknya membina ikatan yang sah. Lelaki ataupun perempuan, masing-masing perlu mainkan peranan anda dan jika pasangan anda tidak memulakan dahulu perbincangan ke arah yang lebih serius, apa salahnya jika anda yang mulakan dahulu.

Tetapi jika dia bertindak acuh tak acuh, dan sering mengelak apabila anda menyentuh soal perkahwinan, mungkin dia belum bersedia atau memang tidak memikirkan ke arah itu. Lebih baik tinggalkan sahaja pasangan anda dan cari orang yang benar-benar serius.

Bagaimana untuk anda tahu bahawa pasangan anda itu serius dengan hubungan atau tidak? Baca perbezaan antara cinta matang dan cinta tidak matang:

Cinta tidak matang

  • Tidak bersedia membawa anda berjumpa dengan kedua ibu bapanya walaupun sudah lama bercinta.
  • Tabur janji manis tetapi tidak pernah tepati.
  • Suka buat keputusan melulu, dan suka minta putus dan minta berhubung semula, seperti budak-budak dan tidak matang.
  • Suka menghindarkan diri apabila sebut tentang kahwin, mudah tukar topik dan dia mudah rasa rimas.
  • Suka menaruh harapan kepada ramai gadis. Berlaku curang dibelakang anda misalnya.

Cinta matang

  • Bersedia untuk membawa anda berjumpa ibu bapanya, malah sudah bersedia untuk bertemu dengan keluarga anda, itu tandanya dia benar-benar serius.
  • Tidak suka menabur janji, dia lebih suka berterus terang dan bersikap lebih terbuka.
  • Tidak pernah main-main dengan cinta, sentiasa fokus dengan kerja kerana ingin menyimpan duit untuk memperisterikan anda.
  • Fahami kehendak pasangan.
  • Mereka yang lebih matang selalunya tidak suka bila anda suka mempermainkan dirinya, atau anda menipunya , sebaiknya berterus terang saja. Jika pasangan anda itu menegur anda untuk kebaikkan anda, itu tandanya dia benar-benar serius dengan diri anda.

Sumber: Bukanaku & Baituljannah.com

Ikuti kami di Instagram Pen Hitam Dot Com

Jom Komen