Pengguna iPhone Lebih Angkuh Berbanding Android, Betul ke?

Isu membandingkan antara iPhone dan Android bukanlah satu perkara yang baru. Kadang kala, ia boleh mengundang perbalahan antara kedua-dua pengguna telefon pintar tersebut.

Terbaru, kajian yang dilakukan di Universiti Lincoln dan Lancaster United Kingdom menunjukkan terdapat perbezaan ketara di antara pengguna iPhone dan Android.

Kredit Foto: gbksoft.com

Pengguna iPhone didapati lebih angkuh, tidak jujur dan beremosi berbanding pengguna Android.

Kaji selidik selama dua tahun tersebut dilakukan ke atas 530 peserta. Golongan wanita dan orang muda didapati lebih menggemari iPhone kerana ia adalah peranti yang menunjukkan status mereka di dalam masyarakat.

Kredit Foto: technoblink.com

Pengguna Android pula didapati lebih berusia, jujur, tidak mementingkan kemewahan serta status dan kurang cenderung melanggar undang-undang.

Hasil kajian ini telah diterbitkan di dalam journal Cyberpsychology, Behavior and Social Networking. Adakah anda bersetuju dengan keputusan kajian ini?

Kongsikan pendapat anda di bawah.

 

Sumber: Amanz.my

Jom Komen