Pemikiran Anak Akan Terganggu Jika Kerap Ditengking

Sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Bukan hanya sekadar melahirkan serta membesarkan mereka semata-mata. Anak-anak ibarat kain putih, kita sebagai ibu bapalah yang mencorak keperibadian mereka. Terdapat beberapa elemen yang harus kita ambil tahu. Salah satunya adalah cara didikan kita.

Jika baik didikan diberi, maka anak-anak akan membesar dengan kebaikan, jika sebaliknya ianya semua dari corak didikan anda sendiri. Didikan semuanya bermula dari rumah. Mengajar mereka berjalan, bercakap dan banyak lagi semuanya dari rumah. Cara percakapan serta layanan kita juga harus diambil berat.

Masih ada ramai lagi ibu bapa di luar sana suka menunding jari sebelum menyelidik. Ketika anak ada buat salah, cepat saja segala maki hamun, tengking, marah dilontar kepada anak-anak. Itu adalah satu sikap yang sangat tidak bagus. Kita sebagai ibu bapa seharusnya menjadi contoh terbaik untuk anak-anak, apatah lagi ketika mereka sedang membesar.

1.Kesan pada otak

Kajian telah membuktikan,jika anak-anak sering ditengking dan dimarahi ia akan mampu merosakkan sel-sel otak mereka.

Bagi anak-anak yang dalam proses tumbesaran dalam umur 2 hingga 3 tahun pertama, kesan dari suara yang agak kuat dari ibu bapa yang selalu marah serta menengking akan merosakkan sel-sel otak yang sedang dalam proses pertumbuhan.

Cuba letakkan diri anda pada mereka. Ia ibarat seperti dimarahi oleh bos sudah pasti air mata anda akan keluar juga. Sama juga dengan perasaan kanak-anak.

2.Hilang keyakinan diri

Akibat dari selalu dimarahi, anak akan jadi kurang keyakinan pada diri mereka. Mereka akan mudah takut dalam melakukan sesuatu perkara kerana tidak ingin dimarahi.

Mereka akan kerap mengasingkan diri dari bergaul dengan rasa sebaya.

Mengikut fakta, mereka akan mempunyai perasaan yangsuka menyendiri dan tidak selesa bergaul bersama masyarakat lain.

3.Terlalu sensitif dan lembab

Anda boleh lihat perbezaan anak-anak yang sentiasa betul cara didikan dan selalu dimarahi. Mereka akan mendapat kesan yang serius pada akal dan minda anak-anak.

Disebabkan tidak mempunyai keyakinan diri, mereka sering meluahkan emosi yang negatif.

  • Emosi negatif
  • Marah
  • Panik
  • Tertekan
  • Murung
  • Sedih

Emosi seperti ini akan kerap muncul pada kanak-kanak yang kerap dimarahi. Ajar dan didiklah mereka mengunakan cara yang seiring dengan peredaran zaman kini, tanpa memberikan kesan-kesan buruk terhadap mereka.

Semua ibu bapa inginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat dan bijak. Malah yakin apabila berhadapan dengan masyarakat akan datang. Bermulalah dari sekarang dan pantaulah mereka dengan menggunakancara yang betul.

Ada dikalangan ibu bapa yang sanggup berhabisan membeli ubat minda demi melihatanak mereka mempunyai perningkatan dalam pelajaran.

4.Mempunyai masalah pendengaran dan juga jantung

Anak-anak akan mangalami gangguan pendengaran jika kerap dimarahi dan ditengking selalu.

Mereka akan sukar menjadi seorang pendengar yang baik, ataupun perlu dipanggil berkali-kali baru mereka akan datang.

Naka-anak yang mempunyai simptom-simptom ini akan mempunyai masalah dan tidak berkembang dalam persekitaran yang positif. Akibatnya, mereka akan berada dalam zon merah dan sangat negatif.

Proses tumbesaran mereka akan terganggu akibat selalu dimarahi dan ditengking. Kemungkinan masalah yang lebih besar akan berlaku pada masa akan datang.

Masalah pada jantung

Jantung mereka akan menjadi lemah, setiap kali mendengar suara yang nyaring yang dilotarkan oleh anda dan kesannya jantung mereka akan berdegup lebih laju dari kebiasaannya.

5.Meniru segala tingkah laku ibu bapa

Apabila sudah menjadi kebiasaan ditengking dan dimarahi. anak-anak itu akan mengulangi semula semua perbuatan yang ibu bapa mereka lakukan. Komunikasi terhadap ibu bapa juga akan terjejas teruk.

Sikap anak akan berubah secara drastik dan mereka akan berkelakuan kasar dan suka menjerit-jerit kepada kawan-kawannya.

Mereka juga tidak akan mendengar apabila anda memanggil serta gemar melawan cakap ibu bapa atau sesiapa saja.

Keburukannya, anak-anak yang selalu dimarahi, mereka akan menjadi susah untuk dikawal dan akan mudah berasa marah. Bagi ibu bapa di luar sana, ubahlah sikap anda dalam mendidik demi kebaikan masa depan anak-anak.

Peredaran zaman kini yang semuanya serba canggih dan berteknologi tinggi. Semua perkara kita nak buat secepat yang mungkin. Tahukan anda, dengan kemudahan teknologi sekarang, ia sikit demi sedikit mengambil alih peranan anda sebagai ibu bapa dalam mendidik mereka.

Banyak perkara tanpa anda sedari dapat merosakkan hubungan anda dan anak-anak.

Cuba anda bayangkan, selama 9 bulan anda mengandung dan melahirkan mereka dengan penuh susah payah dan tenaga. Malah berikan nama yang mempunyai maksud-maksud yang indah-indah.

Bila mereka membesar di depan mata kita, tanpa kita sedari cara didikan kita boleh memberikan kerosakkan pada jiwa dan fikiran mereka. Seharusnya, kurangkan kata-kata makian dan marah kepada anak-anak. Selalu ingat, bahawa apa yang terkeluar dari mulut ibu bapa itu adalah suatu doa.

Jika baik tutur kita, maka baiklah anak itu, jika sebaliknya jangan menyesal jika anda yang akan mendapat kesusahan di kemudian hari. Mendoakan mereka yang baik-baik, in sha Allah mereka akan lebih mudah mendengar dan patuh akan perintah ibu bapa dan memeliki keperibadian yang sangat mulia. Peluklah anak-anak, ini kerana suatu hari nanti mereka akan berjauhan dengan kita.

Mendidik anak dengan cara yang betul adalah tanggungjawab setiap ibu bapa. Mengajar mereka tentang adab dan tata tertib semasa mereka masih kecil supaya mereka akan terbiasa dengan ajaran yang positif. Mereka juga sangat perlukan perhatian kita agar pemikiran mereka menjadi terbuka dan mudah bertolak ansur.

Sumber: Bukanaku

Ikuti kami di Instagram Pen Hitam Dot Com

Jom Komen