Pemandu Wanita Sila ‘Lekat’ 6 Info Tentang Kereta Ini Dalam Kepala Anda

Penting untuk semua pemandu, tak kira lelaki atau pun wanita untuk tahu serba sedikit tentang kereta. Bila kereta breakdown, setidak-tidaknya korang tak akan panik.

Diharap 6 info di bawah, yang dikongsikan oleh Azbi Centre, bakal memudahkan kehidupan korang sebagai pemandu.

 

TATKALA memegang kunci pertama kereta milik sendiri, memang teruja dan tidak sabar untuk memandu. Saat ini memang dah tidak peduli apa -apa, yang penting keselesaan dan pergerakan untuk ke tempat kerja dan aktiviti berhujung minggu lebih mudah bagi anda.

Inilah silap orang perempuan, hanya tahu guna kereta sahaja dan bila enjin kereta tidak dapat dihidupkan mulalah mengamuk sakan.

Jom belajar dan ambil info mengenai apa yang patut anda tahu dan perkara wajib ‘lekat’ dalam kepala tentang kereta.

 

1. Ketahui Model, Tarikh Keluaran Dan Pembuatan

Nampak macam remeh sahaja kan? Tapi bila anda tidak tahu tentang tahun keluaran model kereta anda, ia boleh mengundang bermacam masalah. Aksesori, bahagian fungsi kereta dan jenis servis bergantung pada tahun keluaran kereta tersebut. Jadi ia sebenarnya amat penting untuk mengenali kereta anda seperti mengenali bakal jodoh ya!

 

2. Kenali Bahagian Asas Kereta dan Fungsinya

Kredit Foto: Azbi Centre

Terdapat beberapa bahagian asas kereta yang memang anda wajib tahu supaya nanti bila ada sebarang kerosakan minor anda dah boleh mengecam apa yang patut ditukar.

 

3. Tayar, Tayar Dan Tayar!

Kredit Foto: Azbi Centre

Tanpa tayar, memang tidak bergeraklah kereta anda kemana-mana tapi tanpa tayar yang baik juga boleh membahayakan keselamatan. Tayar kereta memerlukan tekanan udara yang seimbang, corak bunga tayar yang baik untuk cengkaman jalanraya dan jenis tayar yang sesuai dengan kelebaran ring tayar kereta anda.

 

4. Sediakan Jadual Servis Kereta

Setiap kereta apabila ia mencecah per kilometer yang ditetapkan wajib dihantar servis untuk menyesuaikan keadaan kapasiti baru kereta tersebut. Jadi anda kena sentiasa berwaspada kilometer kereta anda, sediakan jadual servis kereta supaya ia juga tidak terganggu dengan jadual harian anda.

 

5. Belajar Cara ‘Jump’ Bateri Kereta

Kredit Foto: Azbi Centre

Sentiasa pastikan kabel jumper berada di dalam kereta, tanpa kita sedar kita bakal memerlukannya jika bateri kereta sudah habis. Matikan enjin kereta anda. Letakkan pengepit berwarna merah di pusat positif (+) bateri yang kering dan pengepit merah lagi satu di (+) bateri kereta yang hidup.

Pengepit warna hitam diletakkan di pusat negatif (-) bateri dan pastikan pengepit hitam yang kedua diletakkan permukaan logam tidak bercat kereta bagi mengelakkan percikan api berbahaya. Hidupkan enjin kereta dan mulakan jump, lakukan selama sekurang-kurang setengah jam untuk mengecas semula bateri yang mati.

 

6. Simpan Nombor Telefon Mekanik

Siapa tahu anda mungkin berlaku kecemasan di luar bandar atau di kawasan yang tiada pusat kereta terdekat. Inilah gunanya menyimpan nombor telefon mekanik di tempat yang anda sentiasa hantar kereta. Cuma pastikan anda sudah mengenali ‘abang’ mekanik tersebut jadi tidaklah akward untuk meminta tolong.

Save no abam azbi ni senang nanti apa-apa wasap.my/60129035992

 

Sumber: Azbi Centre

Jom Komen