Pekerja Asing Datang Malaysia Buat Hal

Ahad lalu, rakyat malaysia dikejutkan dengan insiden sekumpulan perkerja warga asing dari China, cuba menyerang anggota polis yang sedang melakukan pemeriksaan di Jalan Abraham off Jalan Imbi.

Dalam kejadian terbabit, 30 pekerja asing yang cuba menyerang anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan.

Selamatkah Malaysia?

Kebelakangan ini, tabiat buruk sebahagian pekerja asing terutama pekerja asing dari China dilihat menggangu ketenteraman penduduk tempatan di ibu kota.

Warga China ini turut membawa budaya dari negara mereka yang suka berjudi, berpeleseran di kaki lima hingga mengganggu orang ramai dan merosakkan harta benda awam.

Sekali gus mengundang rasa takut penduduk tempatan untuk menegur perbuatan warga China berkenaan kerana dibimbangi akan dipukul mereka yang sering bergerak secara berkumpulan.

Menurut Harian Metro, tinjauan daripada wartawan pihaknya di sekitar Jalan Abraham, Khoo Teik Ee, Imbi dan Dang Wangi mendapati kawasan berkenaan dipenuhi warga asing yang bekerja di tapak pembinaan.

Pada waktu siang, kawasan terbabit kelihatan tenang dan tiada sebarang masalah, namun pada sebelah malam, lokasi itu meriah dengan pelbagai ‘aktiviti’ dilakukan warga asing terbabit hingga mengganggu ketenteraman awam.

Pemilik kedai runcit di Jalan Khoo Teik Ee, Ibrahim berkata, kawasan tersebut sememangnya meriah dengan kehadiran warga asing sejak tiga tahun lalu kerana terdapat projek pembinaan di kawasan berhampiran.

“Kebanyakan warga asing dari China, Vietnam dan Bangladesh menyewa di flat serta rumah kedai berhampiran kawasan ini dan mereka secara berkumpulan kebiasaannya akan mabuk pada waktu malam,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro