Pakaian Seragam Tentera Paling Pelik Dan Rare Di Dunia

Perarakan tentera dianggap sebagai peristiwa penting yang digunakan oleh mana-mana tentera untuk menunjukkan keupayaan dan kemahiran mereka.

Semasa perarakan ini, mereka memakai pakaian seragam khas dan berbaris dalam formasi yang menarik perhatian penonton.

Acara-acara ini merupakan peluang yang baik untuk menunjukkan sejarah dan budaya negara tertentu. Pakaian tentera adalah sejenis pakaian seragam bagi memudahkan pengenalan dan pengecaman.

Memakai pakaian seragam adalah suatu kemestian. Memilih pakaian seragam tertentu bukanlah satu kerja yang mudah untuk mana-mana negara.

Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting tentang pakaian seragam mana-mana pasukan tentera adalah ia kelihatan tegas dan gagah.

Akan tetapi, terdapat beberapa tentera dengan pakaian seragam yang sangat unik dan pelik. Kami kongsikan 6 pasukan tentera dengan pakaian seragam paling pelik dan rare.

1. Hussar bersayap

Pada tahun 1570-an, Raja Stephen Bathory telah memperkenalkan hussar (ahli kelas berkuda ringan, yang berasal dari Eropah Tengah semasa abad ke-15 dan ke-16) ke dalam ketenteraan Poland-Lithuania.

Hussar menggunakan senjata seperti tukul perang, szabla saber dan satu atau dua pistol wheellock dalam sarung pelana.

Pakaian seragam ini sangat berbeza dan unik berbanding pakaian tentera biasa kerana mempunyai sayap.

Ia merupakan rangka kayu yang dipasangkan pada bahu tentera berkuda dan ia dilengkapi dengan bulu.

2. French Foreign Legion Pioneers

French Foreign Legion Pioneers adalah sayap perkhidmatan tentera dalam pasukan ketenteraan Perancis.

Ia ditubuhkan pada tahun 1831 dan dikhaskan untuk warga asing yang mahu berkhidmat sebagai tentera Perancis.

Perkataan “sapper” atau “pioneer” bermakna tentera yang terlibat dalam misi kejuruteraan tentera.

Sapper dicirikan oleh janggut yang lebat, apron kulit dan kapak.

3. Swiss Guard

Sekali pandang anda mungkin beranggapan mereka ini adalah badut atau pekerja di tapak pesta.

Namun sebenarnya mereka ini adalah tentera-tentera yang bertanggungjawab untuk melindungi Pope.

Pakaian seragam ini sangat menarik dan unik kerana warna tradisional Medici biru, merah dan kuning, kolar putih serta sarung tangan.

Ia dicipta oleh Jules Repond pada tahun 1914.

Pope Francis berkata, “di sebalik setiap pakaian seragam, terdapat orang yang sebenar: dengan keluarga dan tanah air, dengan keperibadian dan kepekaan, dengan hasrat dan rancangan hidup.”

4. Sut Ghillie penembak tepat

Sut ghillie adalah sejenis pakaian yang menjadikan tentera kelihatan seperti longgokan dedaunan yang sangat berat.

Ia digunakan oleh penembak tepat atau jurugambar alam sebagai cara untuk menyembunyikan diri mereka dari musuh atau sasaran yang ingin mereka buru

Melihatkan tentera memakai sut ini sudah dirasakan seperti beban, namun ia belum cukup dahsyat. Suhu di dalam sut ini boleh mencapai 50°C.

5. Evzones

Nampak seperti penari, tetapi ia adalah pakaian seragam Evzones. Evzones adalah nama bagi infantri ringan dan unit gunung Tentera Yunani.

Kini, nama ini diberikan kepada Pengawal Presiden. Mereka juga dikenali sebagai Tsoliades dan mempunyai pakaian seragam yang sangat unik.

Item luar biasa dalam pakaian terkenal ini dikenali sebagai fustanella iaitu skirt putih dan juga dilengkapi dengan pom-pom pada kasut mereka.

6. Pengawal Diraja Korea Selatan

Melihatkan pakaian seragam ini membuatkan anda rasa seperti di zaman silam.

Pengawal Diraja Korea Selatan adalah antara salah satu unit paling berani di seluruh dunia kerana mereka mampu menangani misi yang tersangat kompleks.

Pakaian seragam mereka kelihatan seperti zaman dinasti lama, yang terdiri daripada jubah kuning, seluar putih dan topi yang tinggi.

Ini adalah pakaian seragam unik yang membuatkan mereka terkenal.

Sumber: Iluminasi

Jom ikuti kami di Instagram @penhitamdotcom

Jom Komen