Overnite Oat Terlajak Kenyang, Yang Nak Kurus Ramping Boleh La Cuba

Bagi yang tercari-cari menu untuk sarapan atau makan malam, boleh cuba resipi overnite oat ni. Sedap dan berwarna warni. Memang menyelerakan. Jom kita tengok cara-cara nak buatnya. Siapa yang nak kurus ramping boleh la buat.

 

BAHAN-BAHAN

  • Oat free sugar
  • Susu HL rendah lemak
  • Greek yogurt
  • Strawberry/kiwi/berry
  • Kalau nak buah-buah yang lain pun boleh.

 

CARA PENYEDIAAN

Akak masukkan 5 sudu besar oat dalam mangkuk. Pastu akak letak susu dalam tu sampai oat tu tenggelam.

 

Pastu akak masukkan 1 sudu besar yogurt. Kalau nak guna yogurt jenama lain pun boleh. Pastu kacau-kacau sikit.

 

Akak malas masak atas dapur, akak masuk dalam micro je. Akak masak dalam 2-3 minit.

 

Tunggu oat tu sejuk sikit. Pastu masukkan la buah-buah yang potong-potong tadi. Bagi warna warni, bagi selera nak makan. Kalau tabur kekacang pun lazat jugak.

 

Pastu masuk dalam peti ais, esok boleh sarapan. Selalu dalam 5 jam peram dalam peti ais, dh boleh makan dah.

Selamat mencuba.

 

Sumber: I-da Tini Nan

Jom Komen