Orang Berlesung Pipit Adalah Antara Manusia Yang Paling Comel

Advertisement
Advertisement

Tidak dinafikan memiliki lesung pipit merupakan satu aset untuk sentiasa tampil manis dan cantik. Setiap senyuman yang dipamerkan mempunyai aura yang istimewa. Lekukkan semula jadi di pipi berupaya menambah lagi kemanisan wajah tanpa perlu dipaksa.

Di sebalik kemanisan senyuman tersebut, ada beberapa fakta yang mungkin anda tidak ketahui sebelum ini. Antaranya:

 

1. Hanya 20% Manusia Memilikinya

Mengikut statistik yang dilaporkan The Daily Health Gen, hanya 20% manusia di dunia memiliki lesung pipit yang sebenarnya merupakan satu jenis ‘kecacatan’ pada otot wajah yang amat dicemburui.

 

2. Ramai Yang Tertarik Dengannya

Kajian American Journal of Physical Anthropology mendapati bahawa lesung pipit adalah antara ‘added value’ yang menambahkan lagi daya penarik seseorang secara semula jadi.

Kalau bergambar pula, bagaimana pun rupa atau ‘mood’ anda ketika memandang kamera, wajah anda tetap menawan walaupun hanya dengan sedikit senyuman yang dipaksa. Untung sungguh kan?

 

3. Kelihatan Lebih Muda

Orang yang ada lesung pipit kelihatan ‘baby face’. Ia juga disahkan oleh para saintis bahawa mereka yang memiliki lesung pipit kelihatan lebih muda dari usia sebenarnya.

 

4. Penyebar Aura Keceriaan

Setiap kali pemilik lesung pipit tersenyum, orang di sekeliling juga akan terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan olehnya.

 

5. Ramai Selebriti Jadi Lebih Popular

Laman web Time For Healthy Food melaporkan lebih 60% bintang Hollywood memiliki lesung pipit dan ia membantu mereka menjadi lebih popular.

Kerana itu, ada yang sanggup melakukan pembedahan semata-mata untuk mendapatkan lekukan tersebut.

 

Sumber: Siraplimau.com

Advertisement
Jom Komen