Open Wardrobe, Pilihan Untuk Mak-Mak Yang Malas Nak Lipat Baju Tapi Nak Rumah Kelihatan Kemas

PENGURUSAN PAKAIAN

Seperti dijanjikan, ini perkongsian Hani mengenai pengurusan pakaian. Macam kebanyakan mak-mak, isteri-isteri, house chores yang Hani paling malas nak buat ialah melipat baju.

Punyalah malas nak melipat baju, sampaikan Hani cakap kat Alif nak korbankan satu dinding dekat bilik tidur kedua untuk dijadikan “open wardrobe”. Memandangkan sebelum ni pun memang dah sangkut dua penyangkut tu untuk jemur baju lembap (rumah flat; jemur baju dalam bilik je); so hanya tambahkan lagi dua penyangkut dekat sebelah tu, makanya semua baju harian kami suami isteri sangkut kat situ.

Nampak macam tak banyak je kan baju harian nya tapi last spring cleaning tahun lepas banyak baju yang Hani buang dan dermakan. Sebab kadang-kadang memang jenis suka menyimpan pakaian tapi pakainya baju yang sama berulang-ulang. So simpan yang akan dipakai sahaja.

 

Untuk Tips Pengurusan Pakaian Hani:

1. Kena buat spring cleaning baju yang banyak-banyak. Sebetulnya enam bulan sekali kena rombak baju-baju.

  • Baju yang dah tak muat boleh diberi orang.
  • Baju yang koyak (yang kita rasa kita akan jahit tapi dah lebih sebulan tak jahit-jahit, bolehlah dibuang sebab kalau baju tu “penting” atau kita sayang confirm kita dah jahit tak tunggu berbulan.
  • Baju, tuala, cadar yang kotor dan lusuh (tak boleh dihilangkan kotorannnya, bertaik lalat) bolehlah dibuang.
  • Baju free atau baju promosi yang kita tak akan pakai dah boleh diberi orang atau diguna semula.

2. Gunakan rule ni: Satu baju masuk satu baju mesti keluar. Selagi tak perlu baju baru masuk, jangan beli. Perempuan nak bersederhana bab ni memang payah. Tapi dah dua tahun, inilah prinsip Hani. Kalau nak membeli juga, maknanya ada satu helai yang kita takkan pakai, bolehlah dijual atau diberi orang.

3. Gunakan penyangkut baju (hanger) yang satu jenis, bentuk dan paling tidak pun satu warna je. Supaya semua nampak kemas dan seragam.

4. Menggosok pakaian dan tudung ke tempat kerja seminggu sekali (gosok lima pasang terus; jimat masa dan jimat tenaga). Suai padankan terus pakaian dan tudung. Jimat masa pagi-pagi nak pergi kerja.

5. Untuk tuala, khaskan dua helai tuala untuk seorang. Sebab setiap minggu kita akan basuh tuala, nak tunggu tuala tu kering, ada tuala ganti. Rumah kitorang tak ada dryer. Sediakan dua tuala untuk tetamu.

6. Untuk cadar dan sarung bantal, masa lipat cadar, masukkan sekali set sarung bantal dalam lipatan cadar tu. Memudahkan proses menukar cadar setiap minggu. Boleh belajar cara yang sebetulnya untuk melipat cadar supaya lebih kemas.

7. Mana-mana pakaian yang lebih-lebih yang rasa nak simpan, boleh simpan tapi simpan dalam bekas tertutup (untuk elakkan debu bertahun) dan pastikan bekas berlabel. Hani prefer bekas tak transparent supaya tak nampak isi barang dalam tu.

 

Open wardrobe bahagian ibu dan ayah Aqil, atas bahagian Hani, bawah bahagian suami.

Seronok je tengok bakul tu kosong je selalu. Hanya guna untuk masukkan baju basah dari mesin basuh.

 

Atas bahagian baju basah untuk jemur. Lepas kering, transfer je ke tempat baju kering kat sebelah kanan tu. Selalu buka langsir supaya cahaya matahari boleh masuk dan keringkan baju. Bawah bahagian hanger.

Bila jemur baju, Hani akan pastikan baju tu diterbalikkan ready to wear. So kalau dah kering terus ambil dari sini je pun ok dah.

 

Tips kalau nak jemur baju dalam rumah:

  1. Pakai pencuci baju yang sesuai untuk indoor drying (ada tulis anti-malodour) so baju tak akan berbau kepam dan hapak. Hani suggest Top (untuk jenis serbuk) dan Breeze untuk jenis liquid.
  2. Jemur sebelah tingkap sedekat mungkin.
  3. Ada pengudaraan tambahan (on kipas).
  4. Jangan jemur baju banyak-banyak sekali gus (jarak-jarak baju). * Dalam gambar ni baju ni dah kering. Tak transfer ke bahagian kanan lagi.

 

Open wardrobe bahagian Aqil.

 

Baju jalan dan baju raya Aqil.

 

Baju kurung/baju raya/baju kerja – susun ikut warna.

 

Baju formal Alif/baju raya/baju melayu – susun ikut warna.

Simpan comforter dalam almari bertutup ni juga.

 

Baju harian

 

Tudung – sangkut ikut warna

 

Baju harian Aqil

Atas baju kering, bawah baju basah sebab Aqil selalu tolong ibu jemur baju dia sendiri. So rendah senang dia sangkut.

 

Shawl – susun ikut warna, satu warna satu sahaja.

 

Tips untuk menderma baju:

Asing-asingkan baju untuk lelaki dan perempuan – senang untuk pengurusan asrama letak kat hostel perempuan dan lelaki terus.

Pastikan baju yang nak diberi masih elok jahitan dan warnanya.

 

Mana yang cari idea nak sangkut tudung tu, hani sarankan beli hanger siap penyepit macam ni dekat Eco, kepit tudung lepastu sangkut dalam almari ke atau rak.

 

Cara yang betul untuk melipat cadar dgn kemas. Dalam lipatan tu nanti simpan sekali sarung bantal.

Semoga bermanfaat.

 

Sumber:  Hani Mynis

Jom Komen