Nasi Lemak Mentah Atau Lembik! Ini Petua Nak Buat Nasi Lemak Berderai Gebu Gebas, Barulah Sedap!

Rasanya semua rakyat Malaysia suka makan nasi lemak. Kan? Rugi la kalau ada yang tak suka. Tapi nak cari nasi lemak yang kena dengan citarasa kita bukannya senang. Kadang-kadang dapat nasi yang elok, sambal pula kurang. Bila dapat sambal sedap, nasi pula lembik atau mentah. Apa-apa pun, nasi tu yang penting. Kalau nasi tak menjadi, bukan nasi lemak la namanya.

Okay, ni petua yang dikongsikan oleh Puteri Azie kalau nasi lemak tu mentah atau lembik. Petua ni katanya mak dia yang kongsi. So, selamat mencuba.

 

RAMAI pm tanya, kenapa dia masak nasi lemak kadang-kadang tu mentah, kadang-kadang tu lembik. Harap petua mak saya bagi ni dapat membantu korang semua.

Saya bukan pandai tapi mungkin dah membesar dengan mak yang berniaga nasi lemak. Nak cuba boleh, andai tak menjadi jangan kecam saya. InsyaAllah. Saya dah buat, sebab tu saya berani kongsi.

 

PETUA NASI MENTAH

Seandainya nasi mentah, letak air panas dalam cawan yang dicampur garam. Kemudian tutup semula tudung dalam 10 minit.

 

PETUA NASI LEMBIK

Seandainya nasi lembik, masukkan telur 5 hingga 8 biji. Telur mentah yang dah dibasuh. nKalau periuk kecil, 3 biji dah okay. Bungkus tudung periuk nasi dengn kain dan tutup semula periuk dalam 15 minit. Kalau tak menjadi alamatnya tambah air buat bubur lamboklah.

 

PETUA NASI LEMAK BERDERAI

Mak saya kata, nasi lemak yang menjadi dan sedap nasinya berderai-derai, bukan melekat-lekat dan berketul-ketul. Caranya petua mak saya bagi. Waktu air dah kering masukkan 1/2 senduk minyak masak. Bagi periuk kecil, 2 sudu dah cukup. Minyak yang kita goreng bawang besar dan bawang putih. Kalau rasa malas tuang ja minyak masak. Confirm! Nasi lemak korang sedap. Gebu-gebu gebas ja rasa. Yang penting santan kena cukup.

 

Ok. Nak ambil simpan terpulang. Saya tak bija tapi ini ja petua mak saya bagi. Terima kasih.

 

Sumber: Puteri Azie

Jom Komen