Nak Hilang Jeragat? Syaratnya Kena Guna Masker Scrub 2 In 1 Ni

Soda bikarbonat bukan bahan dapur yang biasa-biasa. Bagi anda yang tidak tahu, soda bikarbonat mempunyai khasiat yang boleh menghilangkan jeragat dan membuatkan wajah berseri-seri. Selain itu, soda bikarbonat juga boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati yang ada pada wajah.

Jadi, dalam artikel ini, kami ingin kongsikan cara untuk membuat masker menggunakan 2 bahan yang salah satu daripada bahan tersebut ialah soda bikarbonat. Cara untuk membuat Masker Scrub 2 In 1 ini dikongsikan oleh Cik Puan Awatif Osman. Masker ini membantu untuk mengatasi masalah kulit kusam dan yang penting ia sangat menjimatkan kerana cuma guna dua bahan saja.

 

Bahan-bahan

1. 2 biji limau nipis atau limau kasturi

Kredit Foto: FB Awatif Osman

 

2. 1 sudu besar soda bikarbonat

Kredit Foto: FB Awatif Osman

 

Cara Penyediaan

1. Potong limau nipis secara melintang. Ni petua mak mak kita, kan? Katanya air limau akan keluar banyak.

2. Picit limau pada soda bikarbonat.

Kredit Foto: FB Awatif Osman

 

3. Haaa. Terkejut ya? Normal. Bagi ia dan kita masa untuk bertenang ye.

Kredit Foto: FB Awatif Osman

 

4. Gaul sekata hingga boleh rasa tepek di muka.

Kredit Foto: FB Awatif Osman

 

Cara Pakai

Dah okay? Boleh tonyoh pada muka untuk buat scrub. Tonyoh lembut-lembut je. Baru lah ayu dan kewanitaan gitteww. Atau tepek kat muka jadikan sebagai masker sambil tengok drama.

 

Nota Penting

Petua ini hanya sesuai untuk kulit muka jenis normal. Kulit sensitif sila elakkan guna soda bikarbonat.

 

Pen Hitam

Jimat, boleh buat sendiri dekat rumah. Tak perlu bersusah payah beli masker yang kadang-kadang tak berkesan langsung. Kan?

 

Sumber: ‎FB Awatif Osman, Mingguan Wanita

Jom Komen