Mudahnya Kurus Dengan Diet Air Putih, Tapi 6 Tip Ini Kena Hadam Dulu

Advertisement
Advertisement

Ketika ini, ada pelbagai jenis diet yang boleh anda ikuti untuk dapatkan tubuh badan yang langsing. Namun, walaupun terdapat banyak pilihan, ramai individu gagal untuk meneruskan misi kerana berasa sukar.

Sebenarnya, ada teknik diet yang paling mudah untuk kurus dan paling penting tidak membahayakan kesihatan. Caranya ialah diet air putih.

Ya, jika ikut teknik dan minum air putih pada waktu yang betul, berat badan boleh turun dengan cara yang lebih sihat.

 

Diet Air Putih

1. Minum segelas air putih sebaik saja bangun daripada tidur. Selain membantu membuang lemak dari tubuh ia juga baik untuk kesihatan.

2. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas air putih sebelum dan selepas makan. Ia akan membantu membuatkan kita rasa kenyang dan makan tidak terlalu banyak.

3. Minum sekurang-kurangnya atau lebih dari 4 liter air sehari untuk melunturkan lemak dan membuang toksin dari tubuh badan.

4. Berhenti minum air manis. Elakkan dari meminum minuman manis seperti kopi dan teh.

5. Boleh tambah hirisan lemon atau buah-buahan lain sebagai perasa, selain itu lemon juga membantu untuk detox.

6. Untuk kesan lebih pantas, imbangkan dengan senaman. Senaman ringkas sudah memadai untuk permulaan.

Awas! Makan juga perlu dijaga walaupun kita minum banyak air. Kalau masa makan, ambil nasi berbukit-bukit, minumlah dua baldi air setiap hari pun tetap tak akan kurus.

 

Sumber: Vanilla Kismis

Advertisement
Jom Komen