Minyak Bawang Putih, Mujarab Untuk Legakan Batuk Anak-Anak

Advertisement
Advertisement

Hanya ibu bapa yang akan faham betapa sukarnya menguruskan anak-anak. Lebih-lebih lagi ketika mereka dijangkiti penyakit seperti batuk. Walaupun ianya bukanlah penyakit yang serius, namun, penatnya hanya ibu bapa je yang tahu.

Jadi sebagai satu usaha, bolehlah cuba petua minyak bawang putih yang dikongsikan oleh Ummu Umar Ali ini untuk membantu menyembuhkan batuk anak-anak.

Mari ikuti perkongsian beliau selengkapnya di bawah.

 

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.

Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah. Memang mujarab. Sapu 2 kali dekat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.

Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramaikan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. InsyaAllah boleh cuba. Cara buat pun tak susah.

 

Cara-Cara

1. Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.

 

2. Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit. Boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga.

 

3. Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cubalah. Mudahkan.

 

Nota: Saya guna minyak telon.

 

Sumber: Ummu Umar Ali

Advertisement
Jom Komen