Minuman Ini Boleh Buat Anda Tak Rasa Nak Makan Malam, Barulah Boleh Cepat Kurus

Advertisement
Advertisement

Punca utama ramai orang gagal untuk berdiet ialah kerana gagal kawal nafsu apabila tiba waktu makan malam. Waktu ini, perut mula rasa lapar selepas penat bekerja seharian. Sudahnya, diet dilupakan nafsu didahulukan. Itu belum dikira makan tengah malam lagi.

Bagi anda yang sering berhadapan dengan masalah seperti ini, pasti wujud perasaan untuk putus asa. Yela, penat catu makan, tapi kurus tak juga. Kalau ini yang anda hadapi, kami sarankan anda amalkan minuman yang dikongsi oleh Nurul Moleek Cereprove.

Menurut Nurul, petua ini diambil daripada blogger luar negara. Petua minuman campuran epal hijau, kurma, serbuk kayu manis dan susu ini dikongsikan kerana terbukti berkesan selepas beliau amalkan.

Jom kita baca perkongsian beliau.

PETUA KURUS DAN ATASI SEMBELIT STAIL OMPUTIH

Petua ini saya dapat kat blog mat salleh. Saya try amal memang okay sangat-sangat la. Saya amal minum malam. Saya minum pukul 7 pastu memang kenyang sampai tidur.

Sembelit memang dah tak ada langsung. Susu pun tak ada masalah.
Banyak je untuk baby. Yang best tu perut rasa kenyang je amal ni. Ada banyak resepi lain tapi saya share yg ni dulu la. Siapa nak share silakan. Saya halalkan ye.

 

Bahan-Bahan (Untuk sekali minum)

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji kurma
  • 1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
  • 1 gelas susu

Saya pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap. Nak lagi bagus pilih yang low-fat punya.

Saya amalkan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dan lebih manis dan sedap sebab gred paling tinggi.

 

Cara Penyediaan

Cara buat dia senang je. Potong buah kurma dan epal tu kecil-kecil. Jangan buang kulit epal ye sebab kandungan Flavonoid yang ada dekat kulit tu bagus untuk pelihara jantung dan elakkan stroke.

Masukkan susu dan buah-buah yang dipotong tadi. Nak lagi sedap boleh masukkan ais. Cuma dalam ni saya tak masukkan ais. Kemudian, masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.

Blend sampai halus semua bahan tu. Jangan tapis tau. Minum semua sekali.

Dah siap. Boleh amal setiap hari. Buncit-buncit lepas mengandung pun dah kurang bila selalu amal.

 

Ini khasiat yang saya baca dekat website dia:

  • Kayu manis ceylon mengawal paras glukosa dan mengawal penyimpanan lemak.
  • Kandungan karbohidrat dan kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama.
  • Singkirkan toksin dari badan.
  • Atasi sembelit dan usus tersumbat.
  • Bole mencegah masalah perut dan usus.

 

Sumber: Nurul Moleek Cereprove

Advertisement
Jom Komen